Wednesday, May 1, 2013

DEMAM PRU 13. 3 HARI LAGI KE KEMUNCAKNYA - INGAT LAH NASIHAT INI.!!!!

Hanya tinggal 3 hari saja lagi demam Pru 13 ke kemuncaknya!. 

Marilah kita berpesan2 kepada semua rakan2 dan Umat Melayu Islam, agar tidak mensia-siakan peluang mengundi ini dan gunakannya dgn sebaik2nya .Jangan sampai kita menangis airmata darah, kerana penyesalan sudah tidak berguna. Bijak lah bila mahu memberi undi dan berilah kpd mrk yg telah terbukti track record pentadbirannya. Hanya BN penegak keadilan yg saksama, bertoleransi berkonsepkan rakyat 1Malaysia.

Jika kita fikir nak "Ubah" atau "Tukar Kerajaan", ia bukan satu pendekatan yg mudah kerana akibat dan kesan nya amat pedih dan bukan boleh diubah semula esok atau lusa, TAPI tunggu 5 tahun lagi. Jadi berwaspada dan beringatlah, keranan sgala bentuk perubahan adalah selari penetapan plan perancangan 5 tahun akan datang. Jika salah perhitungan maka hancurlah sesuatu Bangsa dan Tamaddunnya, dan mungkin 1000 tahun lagi xpasti akan kembali.

Oleh itu WARAS lar bila mahu membuat perhitungan siapa yg patut/wajar dipilih utk mentadbir bgi 5 tahun akan datang. Marilah juga kita ingat akan pesan2 kekanda saya, Dato Mohd Sani Supi, seperti coretannya dibawah ini, yang saya rasa begitu banyak nasihat kepada Bangsaku Melayu. Terima kasih.

NASIHAT 1
PERCATURAN ‘KIRA-KIRA’ PADA PRU-13
(THE ARITHMETIC OF ELECTION) – MERINTIS JALAN KE PUTRAJAYA.

Pada post saya yang lalu, saya telah melakukan ‘kira-kira kebarangkalian DAP dominan dalam Kerajaan Negeri Perak seandainya PR menang pada PRU-13 ini.

Kali ini saya ingin mempelawa kawan-kawan FB meneliti ‘the arithmetic of election’ parti-parti PR yang bertanding pada PRU-13.

Agihan kawasan parlimen dikalangan parti-parti PR.

PKR – 99
PAS – 73
DAP – 51

Dalam kira-kira sifir hendak menguasai Kerajaan Pusat, PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 dari 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

DAP dengan penuh yakin meramalkan mereka akan menang 50 kerusi Parlimen. Ini bermakna PR hanya memerlukan 62 lagi yang diharapkan disumbang oleh PKR dan juga PAS (secara purata 31). Kalau ini menjadi kenyataan, DAP akan jadi parti dominan dalam kerajaan PR. DAP akan tersenyum lebar kerana berjaya menjadikan PKR dan PAS sebagai pelengkap agenda ‘grand design’ mereka.

Sebaliknya, jika PAS boleh menang lebih dari 50, DAP akan berdepan dengan masalah besar. Hudud dan negara Islam yang dibawa PAS akan menenggelamkan DAP.

Pada hemat saya, DAP membuat kira-kira supaya PAS menang tidak lebih dari 50. Bagi merealisasikan kira-kira DAP ini, dikawasan-kawasan ‘marginal’ yang ditandingi calon PAS, iaitu dimana faktor penentu adalah pengundi Cina, DAP akan ‘bersilap mata’ dengan PAS, dan dari belakang tabir meminta pengundi Cina jangan memilih calon PAS, sekaligus menyumbang kepada kekalahan calon PAS itu dan mengurangkan kebarangkalian PAS jadi dominan dalam Kerajaan PR.

Ringkasnya, DAP ada cara untuk menghadkan kemenangan PAS tidak melebihi 50 (yang DAP jangka akan perolehi).

Sebaliknya, DAP tidak begitu gusar terhadap PKR. Pertama, DAP juga beranggapan PKR parti goyah, lantas dijangka sukar memenangi lebih dari 50. Justeru dominan DAP tidak tergugat.

Kedua, dalam senarai calon-calon PKR terdapat ramai bukan Melayu atau pun bukan Islam. DAP akan bantu calon-calon tersebut untuk menang supaya boleh menokok kepada komposisi bukan Islam dalam Parlimen, sekaligus menenggelamkan PAS dan juga UMNO.

Ketiga, sekaligus PKR mampu memenangi lebih dari 50 (mengatasi DAP) untuk jadi dominan dalam Kerajaan PR, dan Anwar Ibrahim dipersetujukan jadi Perdana Menteri, DAP tidak begitu bimbang kerana Karpal Singh dan Lim Kit Siang boleh cucuk hidung Anwar atas sebab mereka mengatakan ada bukti-bukti sahih terhadap salahlaku Anwar.

Justeru, tidak menghairankan kita bila melihat DAP ‘menyerang’ PAS kerana hudud dan negara Islam. Dan dalam masa yang sama, PAS pula bagaikan ugut tak ragu-ragu keluar PR atas prinsip Islam.

Juga, dalam masa yang sama, mereka ghairah hendak menakluk Putrajaya.

Yang jelas, DAP tak mahu PAS jadi dominan. Kalau itu yang terjadi, DAP akan dilihat sebagai ‘bacul’ oleh penyokong-penyokongnya atas kegagalan menyempurnakan ‘grand-design’nya kearah Malaysian Malaysia, dimana political masters ditunjangi bukan Melayu. Kegagalan DAP untuk mendominasi PR juga akan dilihat sebagai ‘tukang pindah’ atau ‘tukang ubah’ dari UMNO kepada PAS, dimana PAS akan terdorong untuk jadi lebih ekstrim dengan nada dan nadi Islamistnya.

Apa pun, dari kupasan ini, yang semakin mudah dibuat cernaan ialah bahawa PR berserabut dengan agenda-agenda tersirat. Pakatan yang sedemikian rapuh bukanlah tempat yang sesuai untuk rakyat meletakkan harapan.

Saya meramalkan pakatan yang rapuh ini akan terungkai jua. Mungkin lebih awal terungkainya kalau PR kalah teruk pada PRU-13. Sebaliknya, kalau pun PR menang, akan terburai jua atas sebab perebutan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan disamping percanggahan ideologi. Setakat ini tiada petunjuk yang jelas siapa yang akan menerajui Kerajaan PR.

Bolehkah rakyat beri undi kepada pihak yang penuh dengan teka-teki>
Renung-renungkan!
 
NASIHAT 2

Bottom of Form

NASIHAT 3
PADA MUSIM PRU, PARTI-PARTI POLITIK DAN PEMIMPIN MASING-MASING MACAM BEREBUT-REBUT HENDAK BERI KHIDMAT KEPADA RAKYAT.

Saya tak pasti sama ada pendapat saya ini betul atau pun tidak, atau separuh betul separuh tidak, tetapi itulah yang saya baca, saya dengar dan saya lihat saban hari di musim kempen PRU-13 ini.

Antara yang saya rasa terpanggil untuk komen ialah dua bentuk mantra, yang satu berbunyi “Berilah kami peluang”, dan satu lagi “Janji ditepati”. Terkait dengan yang awal itu ialah “ubah”, dan yang satu lagi “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Jika diteliti, kedua-dua bentuk mantra tersebut menyisip mesej ingin berkhidmat kepada rakyat, Cuma caranya berbeza dan pendekatannya juga berbeza. Yang satu, laungan dari PR, minta rakyat ‘ubah’ dan beri PR peluang memerintah. Unjuran dari sini ialah, jika mereka diberi mandar membentuk kerajaan, segala ‘impian’ dalam manifesto PR akan ditunaikan (sekalipun sebahagiannya tidak masuk akal, iaitu tidak realistik dan boleh menyebabkan negara bankrap).

Manakala BN pula berakujanji melalui manifestonya bahawa “janji ditepati” dan diperkuatkan dengan iltizam ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Saya tidak berhasrat untuk mengupas panjang lebar dua bentuk ‘slogan engineering’ atau pun kaedah serta pendekatan ‘electioneering’ ini. Kini tinggal 5 hari untuk rakyat keluar mengundi. Minda rakyat telah ‘dibanjiri’ oleh pelbagai janji dan impian untuk memberikan khidmat yang terbaik, yang dilontarkan sama ada melalui manifesto masing-masing, atau pun melalui ceramah yang bertali-arus. Turut melalikan minda rakyat ialah ‘segalanya baik-baik belaka’. Selain dari itu, minda rakyat juga turut ‘dicemari’ dengan kekotoran yang dilontarkan melalui segi-segi kempen. Ringkasnya, minda rakyat boleh bercelaru.

Dalam pada itu, saya percaya sebilangan penyokong tegar masing-masing telah pun membuat ketetapan ‘tegar’ kemana undi mereka hendak diberi.

Pada hemat saya, rakyat tidak harus keluar mengundi dalam kecelaruan minda. Ini soal menentukan nasib kita selama 5 tahun akan datang. Dalam tempoh 5 hari lagi ini, pelbagai lontaran mungkin muncul lagi, dan rakyat bertambah celaru dan juga keliru, malah mungkin haru-biru.

Dalam kecelaruan begini, mengikut hukum dan amalan logik, antara pihak yang minta diberi peluang (maknanya belum teruji dan terbukti) dengan pihak yang telahpun sekian lama, pilihan yang afdal seharusnya memihak kepada yang telah teruji dan terbukti.

Menukar kerajaan semata-mata ingin beri peluang atau sekadar ‘cuba-cuba dan bereksperimen, boleh menjerumuskan kita kalau percubaan itu gagal (dan nampaknya akan gagal). Meroboh yang ada amat mudah, tetapi menegakkannya semula tersangatlah susah.

Dalam konteks Negeri Perak, PR telah diberi peluang selama 11 bulan. Saya telah mengikuti jejak mereka dari dekat. Dalam tempoh itu, PR lebih menumpukan masa kepada mencungkil, menyingkap dan ‘meleterkan’ keburukan dan kelemahan Kerajaan BN sebelum PRU-12. Tempoh ‘latihan’ mereka menerajui Kerajaan Negeri lebih bersifat ‘antagonist’. Sesi Dewan Negeri dijadikan medan perang, bukan untuk merumuskan apa lagi yang perlu dibuat bagi mensejahterakan rakyat!

Kalau tak percaya, boleh semak ‘hansard’ atau catatan sidang Dewan Negeri! Kehidupan rakyat lebih terisi dengan episod-episod antagonist dan politik kebencian, bukannya pengisian agenda membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Kira-kira dua pertiga dari kandungan ‘hansard’ Dewan Negeri mengandungi episod-episod ‘perang’ yang diwarnai oleh issue ‘ancak’, projek ‘VALE’, isu kroni dan tuduh menuduh.

Dan pada PRU-13 ini, puak yang sama meminta diberi peluang lagi! Rakyat Perak perlu bijak!

Apa diharap padi rebah,
Kalau dituai penuh antah,
Tersilap undi bawa musibah,
Pilih yang terbukti menjana hikmah.

NASIHAT 4

MANIFESTO BN PERAK BERTERASKAN GAGASAN AMANJAYA, BERSENDIKAN PROGRAM TRANSFORMASI NASIONAL

Manifesto BN Perak untuk PRU-13, yang juga merupakan akujanji, telah dirangka dengan teliti berpandukan realiti semasa dan prospek kecapaian dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia bukan merupakan satu rangkaian impian yang tidak berpijak di bumi nyata.

Malah manifesto (akujanji) BN Perak adalah lajakan unjuran dari apa yang telah dicapai setakat ini mengikut ukuran 3-Q, iaitu Quality Opportunity (peluang berkualiti), Quality Income (pendapatan berkualiti) dan Quality Living (kehidupan berkualiti).

Indikator-indikator yang dijadikan ukuran tahap kecapaian, adalah berdasarkan indikator-indikator yang digunapakai oleh badan-badan antarabangsa sebagai kayu ukur kepada penentuan taraf negara maju. Dalam kaedah ini, tempoh waktu yang jadi sandaran sasar ialah tahun 2020, iaitu tahun wawasan.

Para pembaca dipelawa memberikan komen masing-masing. Yang penting, perkara ini diketahui dengan mendalam supaya kita sama-sama tahu kemana kita dibawa dalam tempoh lima tahun akan datang, disamping itu, untuk mengetahui siapa dapat apa dan dalam konteks Perak Amanjaya.

Indeks prestasi 3-Q yang sahih setakat 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:
Photo: MANIFESTO BN PERAK BERTERASKAN GAGASAN AMANJAYA, BERSENDIKAN PROGRAM TRANSFORMASI NASIONAL