Wednesday, February 20, 2013

BIBIT-BIBIT PENYATUAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU DALAM PERADABAN POLITIK DAN PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA


MAKLUMAT SEBENAR BAGI MERUNGKAI PERMASALAHAN UMAT ISLAM DALAM PERSENGKATAAN ANTARA PAS  DAN UMNO DIDALAM ARENA POLITIK TANAHAIR YANG AMAT MERUGIKAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA SELAMA INI [Rujuk apa yang diperkatakan YB Dato’ Hassan Ali tentang perungkaian maklumat sebenar mengapa berlakunya Perpecahan UMNO dan Pas]

[Maklumat yang kita kongsi ini adalah ehsan dan ditulis oleh  Ybhg. Dato’ Mohd Sani bin Supi, yang telah memainkan peranan belakang tabir semasa pentadbiran 5 Perdana Menteri Malaysia, dan sekarang Ybhg Dato’ berkhidmat sebagai Penasihat dan Tugas-Tugas kepada Menteri Besar Perak ]

Saya amat berharap dengan penulisan dan maklumat shahih ini dapat memperjelaskan kepada mereka-mereka ini agar terbuka mata, minda, hati, perasaan dan tanggapan yang salah yang selama ini mereka lemparkan kepada UMNO. Mereka asyik menyalahkan UMNO sedangkan realitinya amat berbeza. Mereka-mereka yang saya maksudkan adalah :-

1.       Rakan2 saya didalam PAS yang asyik berhujah bila diajukan salam Permuafakatan, mereka asyik mengatakan "Tidak Mahu Pisang Berbuah Dua kali" dan menolak mentah2 ajakan Bersatu Hati dan membawa berkat kekuatan Islam, sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

2.          Kepada Bangsa Melayu Islam diluar sana yang merasa rimas dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pimpinan Politik Melayu yang tidak langsung membawa faedah jika berterusan berpecah begini, sekurang-kurangnya mereka dapat melihat fakta sebenar kenapa terjadinya permasalahan ini.

3.          Kepada Pengundi Atas Pagar terutamannya Pengundi Muda iaitu yang baru pertama kali berpeluang membuang Undi di PRU 13. Maklumat ini diharap dapat membantu mereka agar memilih calon2 yang benar2 layak untuk memimpin mereka dan telahpun terbukti membawa pembangunan Negara selama lebih 50 tahun memerintah. Sedikit cacat cela adalah adat, kerana manusia ini bukan sama sedangkan setandan kelapa ada juga yang rosak.

4.           Agar ia juga menjadi panduan untuk Para Pengundi Baru ini memilih siapa yang benar2 layak dan wajar mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Parlimen.

5.           Dan Yang terpenting sekali adalah untuk memastikan bahawa Pimpinan Negara masih ber TUANKAN  bangsa Melayu Islam dan Islam semakin dimertabahkan serta diperkasakan, selaras ke arah Perlaksanaan Undang-Undang Islam - Hudud dapat dilaksanakan oleh Kerajaan BN yang bersifat Wasatiyyah disamping tidak menidakkan hak2 Kaum2 Lain.   

Semasa penubuhan Barisan Nasional dlm tahun 1974,saya bertugas di Ibu Pejabat UMNO.
Banyak kisah belakang tabir yg masih saya ingat,diantara yg mungkin tak pernah disentuh selama ini ialah...

Selepas pru 1969 berlaku peristiwa berdarah 13 Mei. Antara penyebab ialah amalan politik chauvanis kaum yang disemarakkan oleh DAP. Melayu rasa tergugat dan tercabar di bumi Melayu.

Bagi menenangkan keadaan, ditubuhkan MAGERAN.

Bila suasana kembali tenang, Tun Razak mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional bagi membuka ruang penyertaan dari parti2 selain dari UMNO,MCA dan MIC yang telah sedia terjalin dalam PERIKATAN.Tun Razak beranggapan Malaysia sebagai sebuah negara kecil dan masih muda serta rapuh kemerdekaannya,tak mampu membiarkan terlalu banyak parti politik yang menjurus kepada 'over politicking',yang boleh menyebabkan rakyat terbahagi kpd banyak kompartmen politik yang masing2 berebut penyokong melalui adu-domba.

Power sharing adalah lebih baik dari power struggle.

Konsep confederation yang taja oleh BN membolehkan penyatuan 'longgar' kearah penyatuan rakyat melalui parti masing2,lantas menjadi landasan kpd perpaduan berbilang kaum.Ini menarik penyertaan parti Gerakan dan PPP serta dua parti tonggak dari Sabah dan Sarawak.Persetujuan parti2 tersebut menyertai BN menjadikan PAS rasa tersepit, kerana parti seterunya UMNO semakin jauh ke depan melalui BN.Maka dirasakan oleh PAS lebih baik lompat sama naik gerabak daripada tercicir. Setidak2nya boleh tumpang kongsi kuasa.Terbukti benar kerana beberapa orang kanan PAS dpt jadi menteri,timbalan menteri dan setiausaha parlimen serta pelbagai jawatan dlm agensi dan badan berkanun kerajaan.

Yang jadi masalah,apabila sudah masuk 'kelambu' BN,PAS bukan saja nak conquer kelambu, bahkan berhajat nak downsize UMNO selaku 'big brother' dan menyusutkan peranan UMNO sebagai unifying factor dlm BN. PAS sudah jadi ibarat lebih senduk dari kuah.Soal perpaduan melalui kongsi kuasa,soal penyatuan umat Melayu,masa depan bangsa dan sama2 memartabatkan Islam jadi terkebelakang,yang lebih penting bagi PAS ialah puncak kuasa.

Sentimen ini yang sebenarnya telah mengheret PAS keluar dari BN.Tak lama selepas itu, DAP mendekati PAS,bukan kerana gemar pada ideologi PAS, tetapi atas hasrat utk jadikan PAS sebagai kuda tunggangan utk melemahkan UMNO, kerana selagi UMNO tegak sebagai payung Melayu, agak mustahil utk DAP meneruskan agenda merampas kuasa dari tangan Melayu.

Saya cukup rasa terkilan kenapa PAS tak dapat menghidu agenda DAP ini.

Harap2 jangan nasi dah jadi bubur baru nak sedar kesilapan.
Oleh kerana saya berpeluang 'hadir' dlm episod2 rentetan penubuhan BN,insyaAllah saya akan sambung celoteh ini dilain masa.

Utk makluman sdr Azhari...
(siri kedua),

Semasa bertugas di Ibu Pejabat Umno Malaysia di musim penubuhan BN, antara lain,saya ditugaskan sebagai Tukang Catat butiran mesyuarat2 Jawatankuasa Perlembagaan BN yang dipengerusikan Encik (kemudian Tun)Ghafar Baba. Walau pun sebagai tukang catat, kadangkala saya bersuara jika perlu,malah saya turut terlibat merangka deraf awal perlembagaan BN.

Dua perkara penting yang patut saya sebut ialah;

a)         Kerangka percantuman parti2 komponen BN adalah berasaskan 'confederation', bukannya 'association',yang membawa pengertian percantuman itu adalah gabungan parti2,bukannya ahli2 individu.Dengan dasar dan kerangka itu,setiap parti komponen BN mempunyai autonomi keatas urusan parti masing2.Induk(BN) tidak mencampuri urusan dalaman parti2 komponen.


Proses membuat keputusan adalah secara konsensus supaya terhindar manipulasi atau block voting oleh mana-mana golongan.Tidak ada elemen veto.
Saya kagum terhadap kaedah ini walau pun pada masa itu saya tertanya2 kenapa Umno sanggup melunturkan kuasa sedemikian rupa.Namun jelas bahawa itulah hikmah yang disuntik oleh Tun Razak bagi memurnikan pendemokrasian politik,sekaligus meredakan over-politicking yang mendatangkan mudarat.

b)         Tersemat dalam konsep confederation dan keputusan secara konsensus itu ialah kesepakatan mengenai perkara2 berikut;

i)          Induk(BN) tidak mencampuri urusan dalaman parti2 komponen dan dikalangan parti2 komponen juga tidak harus mencampuri urusan dalaman parti antara satu sama lain.

ii)         Part2 komponen tidak boleh 'mencuri' ahli parti komponen yang lain.Perpindahan keahlian hanya atas kesukarelaan ahli terbabit dan perlu diluluskan terlebih dahulu oleh induk BN.

iii) Parti2 komponen dibolehkan menambah bilangan ahli melalui pengambilan ahli2 baru,dan digalakkan menarik ahli dari kalangan parti2 lawan.

Dari pemerhatian saya,perkara (ii) dan (iii) diatas tidak dipatuhi oleh PAS.

Kelunakan dapat berada dalam kabinet BN dan juga agensi serta badan2 berkanun kerajaan, yang PAS perolehi melalui amalan kongsi kuasa, telah mendorong PAS melebarkan padang permainannya. Jawatan2 dalam kerajaan memberi mileage untuk PAS melebarkan sayap untuk cita2 terbang lebih tinggi dan lebih jauh.Larangan mencuri ahli dari kalangan parti komponen telah diengkari oleh Presiden PAS Datuk Asri., yang jadi Menteri Pembangunan, hasil dari kongsi kuasa,telah menjadikan masyarakat Felda sebagai sasaran utama untuk menambah bilangan ahli PAS, tanpa mempedulikan sama ada warga Felda itu orang Umno atau pun tidak. Ini telah mengguris hati Umno,sekaligus mengengkari larangan curi ahli dikalangan parti2 komponen. Ironinya,parti label Islam melanggar peraturan yang dibuat bersama !.

Resipi islamist yang dijaja oleh PAS telah menggamit selera warga Felda,dan PAS tanpa segan silu melabelkan Felda sebagai lubuk PAS, walhal kewujudan Felda adalah hasil perjuangan Umno.

Jabatan2 serta agensi dan badan2 berkanun kerajaan, yang majoriti warga kerjanya Melayu juga dijadikan sasaran oleh PAS untuk menambah ahli. juga tidak mempedulikan sama ada ahli Umno atau pun tidak.

Pelaris islamist yang dicanang oleh PAS terisi dengan soal halal haram dan syurga neraka..
apa yang PAS buat adalah halal belaka dan dijanjikan syurga
.

Apa orang lain buat,khususnya Umno,diberi label sebagai non-islamic. Tak lama selepas PAS keluar dari Umno,Hadi Awang mengisytiharkan jihat terhadap Umno dan mengkafirkan Umno.

Pada hemat saya,perpecahan umat Melayu bermula dari pancingan islamist oleh PAS.
Dari musim itu DAP telah dapat menghidu benih2 perpecahan Melayu sebagai tanda awal bahawa Melayu boleh ditembusi. Lantas strategi diatur oleh DAP untuk menyemarakkan politik kebencian dan permusuhan dikalangan Melayu bagi merealisasi grand design DAP yang chauvanis itu untuk merampas kuasa dari Melayu. Grand design DAP itu dicanai dalam lima elemen 'social fabric'

Yang merangkumi

Ekonomi
Pendidikan
Sosio-budaya
Agama
Kesultanan Melayu.

Nampaknya kian jelas bahawa grand design DAP untuk melenyapkan kuasa Melayu di bumi Melayu akan dijayakan bersama dengan PAS.

Kesian bangsaku Melayu !

InsyaAllah lain kali saya sambung.

Friday, February 1, 2013

“BERSATU HATI DAN KASIHKAN SAUDARAMU ADALAH, LAMBANG KEKUATAN ISLAM”



“BERSATU HATI DAN KASIHKAN SAUDARAMU ADALAH, LAMBANG KEKUATAN ISLAM”

Salam Jumaat Yang Baraqah! . Ayat Keramat "BERSATU HATI' yang meminta semua Umat Islam di Malaysia agar sayangkan Agama dan Bangsanya adalah semata-mata untuk mencari semula titik kekuatan Umat Melayu Islam di Bumi Bertuah ini – Tanah Melayu/Malaysia.

2.   Semua Umat Islam dan Bangsa Melayu sekali lagi di ingatkan agar jangan sesekali lupa akan Sejarah Tanah Melayu, mulai Tahun Masihi 1211 – sekarang.... Kaji dan selidik Sejarah Tanah Melayu dan Kenapa di sebut Tanah Melayu/Nusantara Kepulauan Melayu!.

3.  Kejatuhan Kerjaan Islam Melayu Melayu Tahun 1511, memberi kesan sejarah dan geography Tanah Melayu, dan kesannya juga masih terasa sehingga kini.. Mana tidaknya, cuba lihat dimanakah tahap kehidupan Org2 Melayu di Tanah Air sendiri. Kenapa sedemikian? Jawapan yang PALING TEPAT adalah disebablan sikap Bangsa Melayu itu sendiri, yang memang terkenal dgn sifat jahilliahnya dan berpuak-puak. Kecintaan sesama Islam bak bagai kulit bawang dan realitinya ia membawa aku..aku dan kamu..kamu.., jauh sekali dari sifat dan aturcara kehidupan Islam sejati.

4.  Perlu di ingat sekali wahai Saudara SeIslamku, kembalilah bertaut dan kuatkan ukhwan persaudaraan Islammu, mereka adalah saudara seAgamamu, dan sayangilah mereka, kerana mereka jugalah yang akan memanjatkan doa, memandi dan mengkafankanmu bila Roh berpisah dengan jasad anda... Sebelum terlambat, bertaut lah, sayangilah saudara seAgamamu, dan nasihatlah dengan adab2 yang baik agar sentiasa hidup rukun dan mendapat redha Allah.

5.  Bersatulah wahai Bangsaku Melayu dan jadikan Agamamu Islam..kuat!, jangan sesekali kita lupa bahawa kita Cuma hanya kuasa politik dan pentadbiran negara, jika ini pun mereka robek secara symbolic, maka kemane kita nak bawa diri?... Kita tidak mempunyai Tanah Besar China & Benua kecial India..! Jika, terjadinya peralehan kuasa selepas PRU13 ni, Siapa yang wajib dipersalahkan? Yang jelas semua Umat Islam wajib dipersalahkan kerana mereka  tidak/kurang dalam erti “berkasih-sayang sesama saudaranya”. Untuk itu, Kuatkan semangat yang mencintai Islam lebih dari segala-galanya, sebelum terlambat....

**********************************
[Rujuk Ehsan Utusan – Lihat Rangkap Terakhir Nota ini – Apa keywords disini..
..
ALOR SETAR 31 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sasaran Barisan Nasional (BN) untuk memastikan meraih mandat yang lebih kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bertujuan membolehkan parti itu memberi khidmat bakti lebih hebat kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata, melalui mandat tersebut BN dapat melakukan pelbagai perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor tertentu dengan lebih pesat bagi mengembangkan lagi ekonomi serta meningkatkan pendapatan negara. Bila negara ada pelaburan besar, hasil kerajaan pun bertambah, bila hasil tambah, kita buat apa? Kita bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagi bantuan untuk pelajar, bagi untuk orang muda dan pelajar universiti, itu setakat ini.

Kita boleh buat dengan lebih hebat pada masa akan datang kalau dapat mandat yang lebih kukuh daripada rakyat, kemakmuran negara akan diberikan kepada rakyat, inilah falsafah BN. Kita kena bagi faham sebab pembangkang tak faham. Kita kena terus berjuang pastikan BN dapat mandat yang besar," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 rakyat negeri itu yang menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini. Yang turut menyambut ketibaan beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pengerusi MCA negeri, Datuk Chong Itt Chew dan Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Najib berkata, pelabur asing terus yakin untuk melabur di negara ini dan yang terbaharu Qatar Holding LLC (Qatar Holding) melabur RM2 bilion bagi membina Harrods Kuala Lumpur dan membelanja RM2.5 bilion untuk membina Four Season Place Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan rakyat, sesuatu perubahan yang dilakukan secara mendadak dan tanpa dirancang boleh mendatangkan kesan tidak baik berbanding yang sedia ada hari ini. Saya berada di Mesir baru-baru ini, walaupun keadaan tenang semasa saya di sana, tetapi selepas itu bergolak balik.

Saya bukan menidakkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Morsi menerima saya dengan baik, dia seorang kawan, tetapi kesan daripada perubahan yang tidak dapat dikawal menyebabkan nilai mata wang merudum, inflasi meningkat, industri pelancongan hampir lumpuh, keadaan keselamatan pun tak terjamin, malah Medan Tahrir bergolak," katanya.

“Pada majlis sama, Najib turut berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di Gaza dan meminta rakyat negeri itu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Palestin dengan terus menjaga keharmonian kaum di negara ini. Sementara itu, Najib mahu jentera pilihan raya BN di semua peringkat melakukan gerak kerja secara lebih sistematik bagi meningkatkan lagi usaha menawan semula Kedah pada PRU-13.
Dalam pertemuan dengan Ketua-ketua UMNO bahagian negeri, Perdana Menteri juga menekankan “tentang pentingnya setiap pemimpin bersatu padu” dan memberikan fokus kepada pilihan raya yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja”.