Wednesday, December 19, 2012

KEANGKUHAN PAS - ISLAM HANYA HAK MEREKA YANG LAIN KAFIR.... Jumudnya Fikiran mereka!


Salam Sejahtera, Salam Perak Amanjaya dan Salam 1Malaysia, buat para pembaca blog kapaktajam. Semoga Allah sentiasa merahmati Anda semua - Amien.

PESANAN BUAT RAKAN2 PAS :-

Doa hancurkan BN krn kafirkan UMNO berkawan dgn MCA, Gerakan dan MIC. Tapi lar ni PAS yg mengaku buat Islam, bila dah berkawan dgn DAP [babi] tu dan sanggup buang asas perjuangan Islan ke Kebajikan dan sudah tiada hudud boleh pulak?...

PAS jangan jadi sesumpah macam Anwar Ibrahim... nanti Allah laknat sedahsyat2nya baru terngadah... Jangan permainkan perjuangan Islam Sejati…. Sunnah Wal Jamaah BUKAN Syiah!
Yang penting sekarang Ikhlas dan teluskan hati bila nak ajak Orang balik ke Islam. Ingat diri tu pun belum tentu lagi Islamnya………, Islamnya seseorang tu,….. bila Allah cabut nyawa, klu tak dapat sebut syahadah........ Islam kah kita nanti?.... semua itu kerja Allah...!

Ingat semula asas sifat dan kejadian manusia... ingatlah, bahawa  semua manusia itu sama... yg membezakankannya adalah keimanannya yang ikhlas didalam jiwa, bukan menunjuk2 macam Partai Pas...

Pas sekarang  teramat angkuh dan ingat Islam itu hak mereka sahaja yang lain kafir.....
Itu sebab boleh mengkafir org lain sesuka hati jer...... maaf cakap serta pandang dan lihat diri sendiri dulu ... dan beristighfar lah…... Buanglah minda dan fikiran yang jumud tu…… Kembali dan bersatulah demi kejayaan Islam seterusnya dan pertahankan maruah Agama dan bangsa Melayu di bumi bertuan ini…. bukan pulak asyik nak berpecah..... siapa yang untung jika sejarah lama berulang…. 

Ingatkah kita akan Sejarah Kejatuhan Kerajaan Islam Melayu Melaka?  Di sebabkan Si kitul yang tamak haloba dengan wang ringgit dan harta dunia, beliau telah menjadi pengkhianat Agama Islam dan Bangsa Melayu…… Ingat 1511 hinga ke 1957 berapa lamakah kita terjajah?....446 tahun kita dijajah….

Nasib baik, kita tak jadi macam Filipina, Asalnya adalah rumpun Melayu, bila terjajah dek Sepanyol,  rakyatnya yang 100 juta itu, hampir 70% menjadi Kafir Kristian….Siapa punyai angkara?

Bukahkah Bangsa Melayu sendiri? … mungkin anda [PAS] ini adalah serpihan atau suku sakat si “Kitul” yang mahu menghancurkan Kerajaan Islam Malaysia sekarang? Begitukah Natijahnya?.............

 Wahai, rakan2 PAS ku, kembali dan bertaubatlah, jadilah pejuang Islam yang berpijak di bumi nyata….. Jgn sesekali takbur bahawa ANDA sahaja yang Islam, yang lain Kafir…. Bertaubatlah….

Pembaca sekelian, lihat-lhatlah dibawah ini beberapa nukilan bloggers lain yang melihat akan kedangkalan PAS dalam berbagai isu yang menyentuh “Penyatuan Islam yang di Tolak PAS… baca dan fikirlah dengan hati & jiwa yang waras….. Demi Islam….. maka bersatulah wahai Umat Islam Malaysia…..!

1.         SUMBER DARI PISAU DOT NET


21.12.12


Pemimpin Pas Sedih Tanah Mereka telah diserahkan kepada Nga dan Ngeh


Pemimpin PAS Chiku Gua Musang, ustaz Zulkifli dan ketua pemuda Pas Dun Paloh, Ustaz Rizuan Ali adalah antara individu yang paling kecewa dan sedih apabila mendapat tahu tanah ini sudah diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak.


Tanah ini mereka telah usahakan sejak tahun 1990 oleh penyokong PAS di mukim Relai, Gua Musang, Kelantan. Mungkin antara alasan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, kawasan Gua Musang bukan kawasan yang dimenangi oleh Pas jadi sekiranya mereka menggadaikan tanah tersebut pun Pas tidak akan rugi.

Lagi pula Tengku Razaleigh Ahli Parlimen Gua Musang juga menghormati Nik Aziz sebagai Tok Guru' mestilah apa yang dibuat oleh seorang yang digelar 'Tok Guru' tidak berunsur rasuah.

Pada tahun 2007 tanah tersebut telah diserahkan kepada syarikat Upaya padu yang ketika itu dimiliki oleh 'Tengku Wong' uantuk pengeluaran hasil balak yang dijangka bernilai lebih RM20 juta. Sebaik selesai sahaja balak dikeluarkan oleh 'Tengku Wong' maka tanah seluas 10,526, ekar diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak termasuk Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dengan bantuan kewangan bernilai RM16.2 juta.

Apabila projek tanaman kelapa sawit terbengkalai pihak DAP Perak meminta syarikat upaya padu ditukarkan kepada nama seperti yang disyorkan berserta baki wang pinjaman bernilai RM14.2 juta.

Syarikat Upayapadu sebenarnya 100% saham adalah milik Ngeh Koo Ham.

Rakyat Kelantan sewajarnya bangun untuk menentang kemungkaran yang telah dilakukan oleh pentadbiran Nik Aziz selaku menteri besar Kelantan. Samada Nik Aziz tahu atau tidak transaksi ini terpulang tetapi sebagai menteri besar beliau perlu bertanggung jawab.

Rakyat Kelantan sendiri merempat tidak bertanah dan minum air tanah merah senang-senang cina DAP sapu tanah seluas 10.526 ekar.


Demi untuk menyelamatkan bosnya Nizar Jamaluddin terpaksa berhempas pulas memberitahu dewan kononnya terdapat 606 ekar balak di keluarkan di Pengkalan Hulu.

Mana lebih besar 10,526 ekar dengan 606 ekar- Sg Rapat

20-12-12 - Pendedahan Pisau dot net ni cukup membuktikan selama ini.. Ada urus niaga rupanya antara PAS dan DAP dalam mengekalkan hubung keluarga Pakatan Rakyat. PATUTlah PAS sentiasa MELINDUNGI DAP apa sahaja perkara dan tindakan walau maruah dan kredibiliti PAS dipijak kejam!
Memang pu3 pelik sangat . Kenapa PAS sanggup saja berlutut pada DAP. Kalau setakat bencikan UMNO... dalam suasana sentiasa maruah PAS dipijak oleh DAP. Kenapa mereka tidak keluar dari pakatan rakyat dan membentuk sendiri kumpulan parti pembangkang yang baru?????
Baca ni....

TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR.
Masihkah anda ingat sebaik saja kemenangan pakatan di Perak mereka mempunyai masaalah untuk melantik menteri besar.

DAP membantah pada waktu itu kerana wakil rakyat mereka tidak boleh menjadi calon Menteri Besar kerana undang undang tubuh negeri menetapkan Menteri Besar Perak harus seorang yang beragama Islam.

Pada ketika itu Lim Kit Siang bermati matian tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada PAS.Malah jawatankuasa eksekutif pusat DAP membantah tidak akan menerima PAS sebagai menteri besar memandangkan DAP menang DUN melebihi daripada PAS atau PK
.
Tak sampai 24jam,tiba tiba Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Disinilah bermulanya episod PAS dan Nizar menjadi boneka DAP di Perak. Pada malam itu berlaku perbincangan peringkat tertinggi diantara PAS dan DAP.

DAP berkeras pada mulanya untuk tidak menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak,setelah berlaku campur tangan Nik Aziz dan PAS bersetuju menerima syarat syarat yang ditetapkan oleh DAP maka Nizar secara rasmi menjadi Menteri Besar Boneka DAP Perak.

Khabarnya sebahagian daripada rundingan tersebut yang mendapat reaksi serta merta oleh Ngeh dan Nga apabila Nik Aziz menawarkan sebidang tanah yang besar di Kelantan sebagai tukaran ganti membenarkan Nizar menjadi Menteri Besar.

Dalam isu ini,bukan saja DAP dengan perlantikan Ngeh dan Nga sebagai exco kanan untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar Perak malah mereka turut mendapat habuan daripada PAS apabila Nik Aziz memberi imbuhan tanah bernilai jutaan ringgit.

Ironinya selepas Kongres DAP di Pulau Pinang,Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pisau menerima email daripada orang kuat DAP agar mendedahkan siapakah sebenarnya Ngeh dan Nga. Mereka terlibat dengan penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.

Modus operandinya mudah, Sebuah syarikat RM2 ditubuhkan Upayapadu Plantation Sdn Bhd.Kemudian Kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah kepada syarikat ini keatas 3 penama seperti tertera didokumen dibawah. Kemudian hak milik syarikat diambil alih oleh Ngeh, Nga dan kroni DAP.

Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.

Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai.Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30juta ringgit.

Syarat untuk Nizar menjadi lembu kepada DAP cukup besar nilainya. Selain daripada menjadi lembu DAP ,Nizar turut memberikan pulangan yang lumayan kepada Ngeh dan Nga. 11 bulan memerintah kerajaan Perak inilah hasilnya.. PAS rasuah DAP,DAP perguna PAS.Yang kaya adalah pasangan bersaudara Ngeh dan  Nga.

Sumber : pisau dot net

Sekarang apa pula ulasan PAS tentang pendedahan ini.? Takkan kata ini semua FITNAH UMNO lagi?
Walaupun hanya beberapa bulan jd MB Perak . Nizar sudah korbankan hak melayu Perak dan menaikkan level cina DAp. Ada sesiapa boleh bongkar kes kontrak 999 tahun pajakan tanah yang dilakukan oleh nizar?

Andai jawatan MB Perak.. PAS korbankan tanah di Kelantan untuk diserahkan pada DAP... tak mustahil ada lagi perkara DIKORBANKAN oleh PAS untuk meneruskan perjanjian 1 KELUARGA pakatan Rakyat. Pu3 nantikan kebusukan ini dibongkar kelak. Allah Maha Kuasa. Setiap ketidakadilan yang dilakukan oleh Pakatan rakyat kini semakin banyak yang terserlah!!!! ALLAHU AKBAR!!!!

2.         SUMBER DARI SUNGAI RAPAT ONLINE

Dari seorang bekas kerani sekolah yang tidak berpelajaran tinggi, Yusuf Hussin sekarang ini bergelar Senator. 

Dari seorang yang berbelit-belit pembohongnya dengan harta yang tidak seberapa, TRAGEDI MEMALI 1985 telah membuatkan Yusuf Hussin menjadi antara orang terkaya di Daerah Baling. 

Sikap pembohongnya, putar belitnya dan menghisap darah selain mencabuli kedaifan dan kenaifan sebahagian besar penduduk Baling, terutama sekali di Memali.Siapa Mohamad Yusof Hussin?

Dia adalah seorang Senator Dewan Rakyat. Dia juga adalah orang yang paling berkuasa di Baling dan boleh diletakkan dalam kategori 'TIDAK BOLEH DISENTUH'. 

Orang ini juga pembesar PAS terpenting di Daerah Baling. Pelbagai jawatan disandangnya. Namun orang yang sama jugalah, yang telah dimetaforakan dengan pelbagai ciri-ciri heroism, termasuklah kononnya telah menyelamatkan salah seorang pegawai polis yang sekarang ini menjawat jawatan penting dalam PAS Kedah pada hari kejadian Tragedi Berdarah Memali 1985.

TABUNG DERMA MEMALI adalah perkara yang paling sinonim dengan Yusuf Hussin. Terdapat banyak dakwaan pecah amanah, penyelewengan dan rompakan terhadap tabung yang telah digerakkan oleh PAS secara menyeluruh di seluruh Malaysia dan merupakan antara TABUNG DERMA YANG PALING BANYAK mengutip duit rakyat Malaysia, khususnya penyokong kuat PAS.

Ketika dipersoalkan tentang tabung berkenaan dan isi kandungannya yang telah ghaib begitu sahaja, Yusuf Hussin berselindung di belakang beberapa orang pemimpin PAS Pusat, termasuklah bekas Presiden PAS, Fadhil Nor yang telah meninggal dunia bertahun-tahun lalu. 
Yusuf Hussin telah diarahkan agar menutup mulut dan tidak bercakap langsung tentang TABUNG DERMA MEMALI padahal, dialah orang yang paling berkuasa dalam tabung berkenaan.Dan yang paling aneh ialah apabila Hasan Abdul Razak, YDP PAS Kulim-Bandar Bharu turut bercakap tentang tabung berkenaan dengan menyatakan kononnya, audit telah dibuat dan tiada sebarang kesalahan, penyelewengan atau penyonglapan dilakukan dalam semua urusan keluar masuk wang tabung berkenaan. 

Hanya kerana SPRM tidak bertindak, PAS Kedah, terutama sekali PAS Baling dan Kulim-Bandar Bharu mendabik dada kononnya mereka telah dibuktikan tidak bersalah. Benarkah dakwaan puak-puak ini? 

Atau sebenarnya mereka sedang ketakutan yang amat sangat sekiranya, siasatan dibuat secara intensif oleh SPRM dari Putrajaya tanpa penglibatan beberapa orang pegawai tinggi SPRM yang diketahui mempunyai hubungan yang amat kuat dengan kepimpinan PAS Pusat dan PAS Kedah?

Bagaimana Hasan Abdul Razak boleh menyatakan bahawa urusan keluar masuk wang tabung berkenaan telus dan tidak mempunyai sebarang penyelewengan, sedangkan berpuluh malah beratus juta ringgit yang sepatutnya diserahkan kepada BALU-BALU, ANAK-ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak sampai ke tangan sepatutnya?

Bahkan tabung berkenaan secara 'tiba-tiba' dan 'penuh misteri' menjadi kosong. Berapa banyakkah wang daripada puluhan juta ringgit tersebut telah diserahkan kepada balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga mereka yang terbabit dalam Tragedi Memali 1985? Apa yang telah diaudit dan disahkan oleh PAS Kedah dan PAS Pusat berhubung perkara ini? 

Terdapat banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Yusuf Hussin yang pada hari kejadian, 'hilang ghaib' entah ke mana tetapi tiba-tiba sahaja terpaksa menggunakan Tengku Muzaffar untuk menjadi alibinya konon, dia ada di Memali pada hari kejadian dan menenangkan kemarahan ratusan penduduk Kampung Memali.

Walhal rekod dan saksi pula menyatakan sebaliknya?Yusuf Hussin yang kelihatan sangat lantang di Dewan Negara dan seringkali diberikan publisiti oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, seharusnya tampil untuk menjelaskan, mengapa daripada puluhan kalau tidak pun ratusan juta ringgit wang Tabung Derma Memali, tidak SATU SEN PUN YANG SAMPAI ke tangan BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka yang telah dipergunakan sebagai umpan dan modal untuk mengumpul derma di seluruh negara dari tahun 1986 sehingga tahun 2000?

Isu Memali dan Tabung Derma yang dilabelkan sebagai Tabung Jihad, bukan perkara usang yang perlu dilupakan, sebaliknya ia adalah permulaan kepada pendedahan tentang bagaimana para pemimpin PAS melakukan penipuan dengan berselindung di sebalik jubah, janggut dan serban. 

Yusuf Hussin adalah watak utama dalam 'ceritera' ini dan orang itu jugalah yang perlu terus didesak untuk memberitahu mengapa daripada ratusan juta ringgit yang telah dipungut, para balu yang sekarang ini hanya berjumlah 9 orang, anak-anak yatim yang sebahagian besarnya diabaikan dan ahli-ahli keluarga Tragedi Memali dipinggirkan.

PAS seringkali bercakap tentang DOSA-DOSA BESAR pemimpin UMNO. Sekarang, kita ingin tahu, adakah menggelapkan wang BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak dianggap sebagai DOSA BESAR?


Posted by Sungai Rapat at 4:50 PM


Walaupun Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama" tetapi penyokongnya masih menggunapakai sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat itu.
Nik Aziz tidak sewajarnya berselindung disebalik serban dengan mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan kehendak Islam sehingga menyebabkab perpecahan umat Islam.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu. Waktu itu UMNO dikatakan bersama MCA dan MIC bagaimana sekararang bila Pas bersama DAP dan PKR.

“Walaupun ini merupakan perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya lagi.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu sehingga berlaku sembahyang dua Imam, halal darah orang Umno, haram memakan daging yang disembelih oleh orang Umno.

“Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka ternyata berbeza. Pas juga mempunyai Dewan penyokong bukan Islam sedangkan Umno tidak ada. Pas lebih mendengar arahan daripada pemimpin DAP sedangkan Umno mampu memberi arahan sendiri.  Hadi juga sudah beberapa kali bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno untuk membincangkan kerajaan perpaduan.

“Amanat ini seharusnya ia dihentikan dengan segera. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama," katanya lagi’

4.         SUMBER DARI BLOK MIK
WEDNESDAY, DECEMBER 19, 2012

Sejak tanggal 7hb April 1981, hari bersejarah Haji Hadi Awang telah mengeluarkan Amanat Hadi, menggariskan panduan melaksanakan Negara Islam PAS....

Salah satu laungan mereka adalah menghalalkan menentang UMNO kerana kunuunnya UMNO mengekalkan perlembagaan kafir..., maka menentang UMNO adalah JIHAD...!

Kemuncaknya pada 19 November 1985,  berlaku Peristiwa MEMALI dimana Ibrahim Libya dan rakan-rakannya bertempur dengan pihak Polis Diraja Malaysia [PDRM]. Kunuuuunnya bak menegakkan Negara Islam...

Kunuuuunnya lagi, menentang PDRM ini Jihad kerana duduk dibawah kerajaan UMNO, kunuuuunnya lagi kalau mati menetang PDRM akan mati syahid.

Akhirnya kesudahan kisah MEMALI, empat [4] orang anggota PDRM mati dibunuh dan Ibrahim Libya bersama rakan-rakannya turut terbunuh mati ditembak.

Ibrahim Libya dan rakan-rakannya diisytiharkan Mati Syahid, jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan terus ditanam..., kesian sungguh.

Bertambah kesian lagi setelah 30 tahun pada Muktamar PAS 2011, Haji Hadi katakan PAS tidak akan perjuangkan penubuhan Negara Islam kerana ianya tidak ada termaktub dalam Al Quran....

Siapa yang akan bertanggungjawab sekarang ini diatas kematian Ibrahim Libya..?

Semoga ahli keluarga waris semua yang terkorban dalam insiden Peristiwa MEMALI bolehlah segera berjumpa dengan kepimpinan PAS. 

POSTED BY MEDAN INFO KITA AT 10:30 PM