Ucapan Salam dan Selamat Aidil Adha untuk Muslimin dan Muslimat di Seluruh Malaysia dan Dunia amnya.
Alhamdulillah
setelah berehat panjang tanpa artikel untuk di kongsi bersama, namun
kali ini hati saya tergerak untuk berkongsi bersama-sama satu cabutan
Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Ipoh, Perak pada 28hb. September, 2012,
yang saya merasakan cukup baik untuk direnungi dan diberikan perhatian
dan tindakan oleh semua Umat Islam, agar Umat Islam berdiri terkehadapan
didalam fenomena2 masa kini. Himpitan terhadap Umat Islam juga begitu
ketara dan mewajarkan untuk Umat Islam memberikan perhatian serta
tindakan secara perbuatan dan Ilmiah bagi menangani semua permasalahan
tersebut.
Oleh
itu, marilah kita sama-sama menghalusi apa yg mahu disampai oleh
khutbah Jumaat tersebut. Namun intisarinya adalah seperti berikut:-
Ia
bermula dgn mengambil kisah burung hud-dhud yang bersaiz kecil, tidak
seperti burung helang dan rajawali dan seumpamanya. Namun, ukuran dan
saiz bukan lah ukuran jika hati nulari yg suci itu ikhlas untuk membantu
didalam menegakkan AGAMA ALLAH - ISLAM di dunia yang fana ini.
Oleh
itu diantara ciri-ciri yang kita Umat Islam boleh lakukan, sebagaimana
burung Hudu-Hud lakukan didalam membantu Nabi Allah Sulaiman AS didalam
mengembangkan agama Allah ini, adalah seperti berikut:-
1. MEMILIKI ILMU DAN PENGALAMAN YANG LUAS
2. BERANI MENYATAKAN KEBENARAN
3. MEMPUNYAI SIKAP SENSITIF ATAU PEKA KEPADA MASALAH UMAT ISLAM
4. AMANAH DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH KETIKA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
5. MENOLONG AGAMA ALLAH DENGAN APA CARA SEKALIPUN WALUPUN KECIL.
KECIL.
Itulah kunci utama kita sebagai Umat Islam
didalam menjadi pembantu kepada Agama Allah. Lakukanlah sesuatu, waima ia
sekecil manapun sumbangannnya, namun ia masih dikira membantu dalam
mengembangkan Agama Allah sepada manusia sejagat dan ia mendapat keredhaan
Allah SWT
MEMINTA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI AGAR BERSATU HATI DAN MENANGANI PERMASALAHAN YANG MENIMPA MENANGANINYA BERSAMA. HANYA ISLAM JALAN TERBAIK UNTUK KITA KEMBALI BERSATU. KEKUATAN UMAT ISLAM ADALAH MELALUI PERPADUAN DAN ALLAH SERTA MALAIKAT RAHMAT SENTIASA MEMBANTU DIDALAM PERJUANGAN KITA. INGAT, ALLAH HANYA REDHO KEPADA ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG DI ANUTI OLEH MANUSIA DIMUKA BUMI INI. RUGILAH MEREKA YANG MENOLAK ISLAM SEBAGAI AD-DIN DAN MASLAHAH KEHIDUPAN SEJAGAT. KEMBALILAH BERSATU DEMI KEKUATAN UMAT ISLAM SEJAGAT.