SALAM DAN SELAMAT TAHUN BARU 2011.
Setelah hampir 1 bulan KAPAK tidak aktif kerana banyak urusan perniagaan didalam dan luarnegara, kini KAPAK akan mempunyai waktu dan meluangkan masa untuk berdiskusi dan bertukar2 pendapat di blog ini.
Pembukaan Tahun 2011 ini, nampaknya dimulakan dengan satu cerita yang amat menarik dan menjadi perhatian saya untuk mengulas dan memberikan cadangan demi kebaikan bersama dan kecemerlangan Islam di Malaysia.
Namun, sebelum KAPAK meneruskan coretan ini, adalah amat wajar untuk kita renungi komen dan gesaan Anwar dan Pak Lebai Hadi didalam isu Saman oleh Ummi Hafilda. Saudara/ri baca dan amati komen Anwar di Utusan malaysia ahri ini 15/01/2011 dibawah ini:-
Cabaran debat Ummi Hafilda “hanya soal nyamuk” – Anwar
15/01/2011 2:21pm
KEMAMAN 15 Jan. – “Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.
Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.
Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis “Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO” di Kampung Geliga, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lepas itu, Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden Pas untuk menjawab isu berkenaan.
Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar; Azmin; Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; peguam, Karpal Singh; dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:
"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”. – Bernama
Komen KAPAK adalah seperti berikut:-
1. Sdr Anwar dan Pak Lebai Hadi kenapa harus takut dan gusar dengan tindakan yang akan diambil oleh Ummi Hafilda?
2. Adalah menjadi hak dan kebebasan Ummi Hafilda untuk berbuat demikian dan mempertahankan kenyataan dan sikap beliau sebelum ini. Hak seseorang wajar diperakui.
3. Kenapa Anwar dan Pak Lebai Hadi serta juga Karpal takut akan pendirian Ummi Hafilda untuk menyaman mereka dan memperkecilkan hak Ummi dan menganggap Ummi sebagai nyamuk. Perlu di ingat Ummi juga makhluk Allah punyai perasaan dan maruah diri. Nyamuk juga makhluk Allah dan nyamuk jugalah yang boleh memusnahkan manusia seperti Anwar dan rakan2, apabila gigitan nyamuk “aedes” ini menyerang dan meluahkan virus eades ke dalam darah anda, Jadi, makhluk sperti Anwar, Pak lebai Hadi dan Karpal jangan sesekali merendah2kan hak orang lain. Jangan bongkak dengan kedudukan dan wang yang ANDA ada.
4. KARPAL juga kenapa bagai lidah biawak dan lebih teruk dari biawak kerana menelan semula segala cercaan terhadap Anwar sebelum ini dan telah memperakukan di Parlimen dengan menyatakan bahawa Anwar adalah “GAY”/Peliwat. Kenapa sekarang boleh menelan semua itu dan asyik menangguh2kan kes di Mahkamah. Adakah ia bermoral? Dimanakah letaknya kredibiliti seorang peguam yang tidak konsisten apabila bercakap dan berbuat sesuatu.
5. Anwar, Pak Lebai Hadi dan Karpal wajar ada sifat malu kepada rakyat Malaysia, kerana perbuatan mereka telah membelakangkan Agama dan kepercayaan demi menjaga kepentingan politik dan rakan politik. Inilah dinamakan pelacur politik dan pelacur Agama.
6. Ingat dengan taraf Tok Guru/Pak Lebai Hadi juga telah merendah2kan martabat Islam, apabila sanggup memutarbelit fakta terdahulu tentang Anwar dan juga meletakkan Agama dibelakang demi membela rakan politik yang sudah terang lagi bersuluh.
7. Kapak, dahulunya memang condong pada Anwar sehingga terkena “Air Kuning Pancutan” dan bertempiaran lari sampai Kg Baru” TETAPI telah sedar setelah peristiwa2 yang berlaku dan sikap Anwar mula diketahui umum. Mungkin Anwar akan menafikan segalanya TETAPI Anwar tidak boleh menafikan pada Insan kerdil bernama “Cikgu Sani”. Kapak rasa Anwar masih ingat pada beliau dan peristiwa rusuhan di Mesjid Negara tahun 1974, dan berpura2 menjadi Imam menggunakan serban Imam mesjid Negara bersembunyi dari terkena tahanan polis waktu itu. Wahai Anwar, sikap kamu amat memualkan rakan2. PAS wajar berhati2, jika tidak inilah juga tempias yg akan menimpa!.
Ingat,wahai Anwar, Pak Lebai Hadi dan Karpal.
Jika ini berterusan dan kamu semua masih mahu menegakkan benang yang basah dan asyik menangguh2kan kes Mahkamah, akan datang satu hamba makhluk Allah yang akan memecahkan kekalutan ini dan melepaskan satu kenyatan dan fakta kebenaran yang tidak boleh disanggah, waima dengan apa cara sekalipun. Beliau akan memancarkan keseluruh negara di skrin2 TV tanpa menggunakan alat perakam atau VCD pun. Ia akan terpancar dari tangan kanannya dan terus disiarkan diseluruh Negara akan aktiviti Anwar dan rakan2nya samada yang baik2 mahupun sebaliknya.
Jadi sebelum, Anda dimalukan dan tidak berpeluang untuk menidakkannya dan menjadi maruah tercalar banai, eloklah dengan rasa rendah diri dan takutkan hukuman Allah agar bertaubat dan menyepikan diri dan kembali beramal dengan sisa-sisa hidup yang sudah tinggal tak seberapa lagi.Kedudukan dan nikmat dunia hanya sementara dan kehidupan alam akhirat adalah kekal selamanya.
KAPAK juga mengesyorkan kepada PAS agar menukar kepimpinan yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman dan nyanyuk. Naikkanlah pemimpin PAS yang berjiwa Islam sejati bukan Islam ikut masa dan IKUT SUKA AKU dan keluar Fatwa ikut nafsu!.
PAS wajar dipimpin oleh pasukan golongan muda yang dinamik dan fleksible dan terbuka kepada segala pintu rundingan/musyawarah, bukan mengkafir sesama Islam. Jika ini boleh dilakukan KAPAK yakin ISLAM akan terbela dan cemerlang di Bumi Malaysia bertuah ini.
KAPAK, juga ingin menegur Pimpinan UMNO, agar jangan sesekali menjadikan nafsu serakah sebagai idola dan nawaitu. UMNO wajar membuang segala bentuk pemimpin yang rasuah dan sombong dan bangga diri. Sekarang bukan masa untuk bersikap demikian. UMNO wajar dibersihkan dan pemimpin2 Muda yang lebih Islamik wajar mengambil tempat dan menjadi pemimpin untuk generasi akan datang. Bila pimpinan UMNO dan PAS didukungi oleh golongan muda yang lebih Islamik, maka cita rasa dan hala tuju mempunyai matlamat yang sama dan boleh bergabung untuk menggerakkan jentera dan tenaga menjadi kumpulan yang terkuat untuk memimpin Malaysia dengan lebih dinamik dan Islamik.
Akhir kalam, Insya Allah cita-cita ini akan tercapai jika kita meletakkan ISLAM di atas segala-galanya.
Salam Hormat dari KAPAKTAJAM.