Terima kasih di atas tulisan di atas [DLM BLOG ALBANJARI] dan faham isi kandungan serta niat yg hendak diutarakan. Cuma persoalan yg ada dan minta ia dijawab dengan jujur!
SOALAN/ISUNYA.
1. Selama 52 tahun UMBO/BN memerintah tidak terbelakah umat Islam Melayu di Malaysia ini? Berapa ramaikah pelajar2 bumiputra yg boleh masuk ker Universiti? Dasar2 ekonomi adakah tidak membantu langsung untuk menaikan bangsa peribumi menyelamatkan ekonominya, walau ada ketirisan jgn lar ia dipertanggungjawabkan pada Kerajaan semata-mata? Jgn kita lihat sebelah mata terhadap kebaikan yg telah dilaksanakan. Kita kena jadi manusia yg adil memberi pandangan. Biar yg baik itu tetap baik dan sebaliknya dan perlu diperbaiki. Dah lumrah manusia begitu bukan semuanya baik dan kita yang mengaku baik kena lah perbetulkan.
2. Kenapa pulak PAS nak beriya-iya menjadi jaguh dalam pakatan PR, betul ker dah kuat dan boleh menjaga kepentingan Agama dan bangsanye? atau bangsanya akan terus hancur dan tanah2 dilacurkan seperti 11 bulan pemerintahan di Perak, kerana 6 org DUN lawan 18 Dun DAP, apa yg boleh dibuat? Mungkin hancur lagi Islam& Bangsa Melayu mungkin!.
3. Cuma pesan saya, PAS dan UMNO perlu bersatu hati, berpakat mane yang terbaik untuk ISLAM & Bangsa Pribumu [Ingat sejaraH sebelum Merdeka, oleh kerana Kita Minta Merdeka, Inggeris tak boleh nak membantah TETAPI dgn satu syarat Kita Tanah Melayu mesti terima belaci2 yg dibawanya iaitu, bangsa CINA & INDIA kerana mereka sendiri tidak mampu untuk dibawa balik ke British atau ditempatkan kembali di CHINA/INDIA. Mereka nak cuci tangan. Diketika itu, Kaum2 ini sudah maju dalam pelajaran dan ekonomi. Akhirnya Bangsa kita tertinggal jauh.. Bersyukurlah dgn Pimpinan yg ada yg melihat perkara ini kena diperbetulkan dan beberapa dasar dibuat bagi membantu Kaum Peribumi & Islam.
4. Jgn kita menidakkan sejarah, dan sejarah itu perlu dibaiki kerana kita Bangsa Melayu dan menerima kesan dari dasar british pecah dan perintah... Dasar2 yg ada itulah yg memperbetulkan keadaan.
5. Kita jadi manusia kena adil menilai semua ini. dan cara yg terbaik adalah penyatuan kaum Melayu dan Perintahlah Negara ini dengan saksama. Jika PAS sendiri nak memerintah bersama Pakatanyanya belum tentu boleh melaksanakan angan2 yg ada... Jawapan yg paling baik adalah Penyatuan Melayu dan Perintahlah Tanah melayu/Malaysia ini dengan seadilnya. Ini adalah keluhan yg ada disetiap jiwa Melayu.
6. Sebagai Bangsa Se AGAMA, jgn sesekali tolak dasar berbaik2 dari sehabat seIslamnya. Dan kita jgn nak mendabit dada dan mengaku bahawa Islam kita jer yg betul... Itu kerja Allah... kerana niat seseorang itu telah dibaca oleh ALLAH dan DIA jugalah penentu samada Islam kita itu ikhlas dan suci.
Sekian, maaf jika terdapat ada yg terkasar demi Penyatuan Umat Islam & Bangsa Melayu.