Saturday, November 22, 2014

ISLAM DI TANAH MELAYU/MALAYSIA - ' KEDAULATAN ISLAN TANGGUNGJAWAB SEMUA '

KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA..

Sempena Minggu Persidangan UMNO minggu hadapan di PWTC, parti keramat Org2 Melayu...adakah persidingan kali membawa erti untuk Islam di Malaysia? Sejak sekian lama Islam telah dihentak, dicemari dan di cemuhi oleh anasir2 propaganda Barat dan Yahudi dan lebih memburukkan lagi maruah Islam bila baru2 ini Mahkamah yg di Hakimi oleh Para Hakim Melayu dan Islam Agamanya telah menidakkan Hukuman dan Undang2 Allah serta mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah.. Ianya satu BENCANA dan memalukan malah maruah Umat Islam di Negara yg berpelembagaan Islam ibarat jatuh ke longkong yg busuk!.

Saya tidak berhasrat untuk hadir ke PWTC kali ini seperti selalunya, kerana getik dan malu kerana Parti pembuat dasar yg ketika ini memegang tampok pemerintahan, namun GAGAL didalam menjaga dan mengambil tanggungjawab Amanah Allah agar menjaga kesucian Umat Islam. Mungkin tiada rasa terpukul bila keputusan itu telah diketahui umum dan tiada nak respon dengan KEKILAFAN penghakiman.. Adakah Hakim2 itu lebih hebat dari Kuasa Allah... Saya berdoa agar mereka bertaubat atau terima balasan "Cash" dari Allah disedikit waktu ini.

Jika persidangan kali ini juga masih lesu, kaku dan asyik bermegah2 tanpa adanya Usul tergempar untuk ISU ini... saya berdoa Allah akan turunkan Bala dan kehancuran kerana Umatnya sudah alpha dengan kemewahan dunia dan kerusi empuk kerana tiada rasa tergugat dengan penghakiman tersebut serta ditertawakan oleh kumpulan LBGT, PLURISM, ANTI ISLAM, dsbnya. Ibarat kata pepatah Perak.."macam tak berpelior " bahasa kasarnya Tiada kote...

Berbalik kpd " KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA "... ini, ia adalah Tajuk Khutbah Jumaat minggu lepas di Masjid2 di Negeri Perak.. antara sinopsisnya disini...

Surah Ali Imran - Ayat 83. " APAKAH MEREKA MENCARI SELAIN DARI AGAMA ALLAH, SEDANGKAN TELAH TUNDUK BERSERAH DIRI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI SAMADA SECARA RELA DAN SECARA PAKSA. DAN KEPANYA LAH MEREKA DI KEMBALIKAN "

Penerangannya - Islam menghadapi berbagai2 cabaran samada daripada musuh2 Islam mahupun Umat Islam sendiri yang Islam nya hanya atas nama semata-mata... Walaupun negara kita pernah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam, Agama Negara juga adalah Agama Islam, namun sikap Umat Islam sendiri yang tidask pernah bersungguh2 untuk mempertahankan kedaulatan Islam serta menjadikan Islam sebagai Agama yang semakin terancam..[baca seterusnya di muka2 yg dikepilkan ]

Apa yg diperlukan oleh Agama Islam di Tanah Melayu/Malaysia ini...ialah... Islam memerlukan dan menuntut semua penganutnya berjuang dan berjihad demi memastikan kedaulatanyanya di muka bumi Malaysia dan seluruh dunia.. Umat2 Islam terdahulu telah mengorbankan segala yang mereka miliki demi memertabatkan Islam sehingga kita semua mendapat rahmat dan hidayah dari Allah...Amat jaauh bezanya dengan Umat Islam sekarang yang bukan sahaja tidak pernah bersunguh2 menyumbang untuk memertabatkan Islam malah memandang ringan dengan segala ancaman terhadap kedaulatan Islam... Apa yang lebih parah, dengan corak kehidupan Umat Islam sekarang.. begitu sambil lewa dan tidak rasa terpukul dalam memertabatkan Islam dan melaksanakan ajarannya.. malah tanpa segan silu mendakwa dirinya hebat balik dari Mesir.. jadi Menteri Agama ingat sudah cukup sempurna dan mengharapkan syurga TETAPI bila Islam di ancam dan diperlekeh.. senyap sepinya... mungkin kalau dulu susah mungkin berjaga malam buat ceramah sana sini tapi bila dah jadi Menteri dan boroi.. Islam hanya untuk buat "Protokolnya" sahaja... 

Wahai Pemimpin2 Islam di Malaysia, Perdana Menteri, Tim. Perdana Menteri, Menteri2 Kabinet, Menteri Agama, bangunlah dari Tidor serta Alpha dan Kembali lah menjadi Singa Allah.. bukan menjadi tikus ...Wahai Raja2 Melayu patik menjungjung sembah.. agar Tuanku Raja2 Melayu yang menjadi Pewaris Nabi Muhammad agar menitahkan Agar Perundangan Islam menjadi the Upmost Law dan Undang2 Sivil tiada hak untuk campurtangan dan jika masih berlaku juga bahawa mereka ini menderhaka serta telah menghina Perlembagaan Negara serta 5 prinsip Negara yang boleh dilucutkan kewarganegaraan dengan Titah DYMM Yang DiPertuan Agong.

Jadilah kita seperti ini Pejuang Islam seperti Wali2 Songo.

Wallahuaklam.