Friday, June 7, 2013

PERBUATAN MENGHINA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG... PUNCANYA GAGAL KAWAL EMOSI ATAU TIDAK MENGHAYATI SEJARAH, ATAU MEMANG ADA AGENDA TERSIRAT?

Marilah Wahai Umat Melayu & Islam kita bersatu hati. Bersatu kita kuat dan jika terus kita berpecah kita di cerca dan di hina. Mereka tidak sedar diri siapa gerangan mereka sebelum 1957, namun bila kita Merdeka dan berkongsi kuasa, sedikit-demi sedikit mereka tunjuk riak dan biadap, waima pada Dulu Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong berani mereka hina dan cerca... Adakah kita kaum Melayu Cuma berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja?
Kekadang pada pendapat peribadi saya, mereka ni wajar di berikan pengajaran dan dihukum dengan setimpal, kerana cara dan tujuan mereka berbuat sedemikian adalah disebabkan mereka ni “TIDAK SEDAR DIRI SIAPA MEREKA & TIDAK MAHU BERTERIMA KASEH”.

Saya menyokong penuh apa yang di nyatakan oleh Ybhg Dato’ Sani Supi. KDN dibawah pimpinan baru wajar bertindak dan membendung perbuatan biadap mereka itu,  agar gejala ni tidak akan berulang!.
Umat Melayu dan Islam amat wajar kita fikir2kan bersama:-

Terima kasih.

NUKILAN Ybhg Dato Sani Supi.

PERBUATAN MENGHINA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG... PUNCANYA GAGAL KAWAL EMOSI ATAU TIDAK MENGHAYATI SEJARAH, ATAU MEMANG ADA AGENDA TERSIRAT?

Apabila tonggak kedaulatan bangsa Melayu dicemuh dan diperlekeh, umat Melayu bangkit menyuarakan marah.
Balai-balai polis jadi sibuk kerana pelbagai golongan nak buat laporan polis. Pembekal banting dan sepanduk laris perniagaan. Surat-surat khabar terisi dengan kisah ini. Para pemimpin masyarakat buat kenyataan mengutuk perbuatan seumpama itu. Para ilmuan melontar pendapat tentang punca gejala itu dan bagaimana ia harus ditangani.

Pada tahun 2008, iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu, saya dan kawan-kawan seperjuangan telah menghimpunkan ketua-ketua NGO Melayu dan Ayahanda-Ayahanda dari hampir seluruh Negeri Perak bertujuan menyuntik kesedaran bahawa Alif, Ba, Ta Melayu (Agama, Bangsa, Tanahair) kian diasak dari pelbagai sudut, lantas menekankan peri pentingnya Melayu bersatu hati dan memperkasakan jatidiri demi kelansungan maruah serta kedaulatan bangsa Melayu di bumi Melayu.

Pengajaran dari keputusan PRU-12/2008, khususnya di Perak dimana BN tewas dan Kerajaan Negeri beralih kepada PR yang didominasi DAP, dijadikan sandaran untuk suntikan semangat kearah penyatuan umat Melayu. Malangnya suntikan itu kurang mujarab, dan penyakit baru pula timbul, lantas pengundi Cina memanifestasikan hasrat melalui PRU-13. 


Pada himpunan itu, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa asakan dan serangan terhadap maruah dan kedaulatan bangsa Melayu bukan sekadar elemen pertembungan rasis atau agenda politik golongan tertentu, tetapi ia menjangkaui satu perencanaan strategi berbentuk ‘grand design’ yang matlamat utamanya melonjakkan ‘kecinaan’ dirantau ini, khususnya di Malaysia, melalui usaha meruntuhkan Ketuanan Melayu dari pelbagai dimensi. Lantas diserang atau diasak apa jua yang jadi penyatu bangsa Melayu termasuk institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, kuasa politik Melayu, keistimewaan yang diberikan kepada Melayu dan juga struktur sosio-budaya Melayu.

Pada hemat saya, bukan menjadi satu kesalahan bagi kaum Cina cuba melonjakkan kecinaan mereka, sementelahan pula mereka sudah berjaya menguasai ekonomi. Juga tak salah bagi mana-mana kaum melonjakkan maruah dan martabat bangsanya sendiri. Cuma, saya berandaian bahawa keghairahan mereka itu semakin memuncak kerana melihat unsur-unsur perpecahan yang semakin ketara dikalangan Melayu. Tak salah buat mereka merebut kesempatan itu apabila peluang terbentang luas. Dan kesempatan itu telah mereka cuba melalui PRU-13, cuma umat Melayu melalui BN-UMNO telah diselamatkan atas ketentuan Illahi.


Saya berpendapat, apa yang terpapar pada facebook baru-baru ini, yang mencemuh dan memperlekeh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, adalah serpihan kecil dari bungkah yang lebih besar (the tip of the iceberg). Ia juga ibarat asap yang berpunca dari unggun api. Bertolak dari kiasan ini, saya amat khuatir kalau-kalau tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap penulis FB itu hanya ibarat percubaan menghalau asap, manakala unggunnya dibiarkan terus menyala, yang bakal mengeluarkan asap-asap baru dari masa kesemasa, malah unggun itu boleh merebak dan memusnahkan. 

Elok dicari unggun itu dan dipadamkan serta merta!