Tuesday, September 4, 2012

UMAT ISLAM DISERU UNTUK FAHAMI DAN AMATI AYAT AL-QURAN SURAH ALI IMRAN AYAT 26 DAN 28. APA HUBUNGKAIT DGN PRU 13? FIKIRKAN LAH!

Mari kita sama-sama lihat terjemahan kedua2 ayat berkenaan:-

[Sebelum itu cuba kita selitkan Gambar ini, Orang yang hebat Pandai bergelar Prof [PHD] tetapi perangai dan perbuatannya tidak seiring dengan Agama yang di anutinya. Jika anda (Melayu Islam) apakah perasaan anda dan tanggapan anda terhadap berita ni?. 

Dari mata kasar, seorang yg terpelajar dan ada PHD [Dr ] tidak boleh memilih antara intan dgn kaca, dan yg die masuk tu adalah Parti yg 100% menetang Isla
m. Apakah yg bergelumang di kepalanya? Atau beliau kecewa utk dapatkan sesuatu? Namun, apa pun kekecewaan xkan lah samapi nk sokong parti yg benci akan Islam? atau die pun turut benci pada Islam? Wallahuaklam. Tuan2 pembaca tafsirlah sendiri!!


Sepasang suami isteri berbangsa Melayu dan mempunyai latar belakang akademik yang hebat, memilih untuk menyertai DAP bagi membuktikan parti tersebut bukanlah untuk bukan Melayu semata-mata, sebaliknya mereka akan menjadi 'jambatan' untuk penyertaan Melayu yang lebih ramai ke dalam DAP.

Itu yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Mohamad Tajuddin yang bersama-sama isterinya menyerahkan borang memohon keahlian DAP kepada Dr. Boo Cheng Hau, ADUN Stulang ketika perasmian Bilik Gerakan DAP DUN Stulang. ]


[ Dimanakah Nilai Keperibadian anda sebagai seorang Muslim? ]


Ayat 26. - Berdoalah, "Wahai Tuhan yang mempunyai Kerajaan. Engkau memberi Kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau akan menarik kembali Kerajaan dari sesiapa yang Engkau Kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau Kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau Kehendaki. Ditangan (kekuasaan) Engkaulah terapat terdapat kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa terhadap apa sahaja.

sementara ;

Ayat 28 pula, Orang-Orang mukmin dilarang mengambil orang-orang kafir menjadi walinya [ teman karib/penolongnya/pemimpinnya], dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Sesiapa yang melakukan demikian, nescaya terlepaslah ia dari Allah melainkan mereka takut terhadap bahaya yang akan menimpanya. Dan Allah nengingatkan engkau akan seksaanNya. Dan Allah sahajalah tempat kembali.

Setiap Umat Islam diperingatkan akan KALAM Allah itu. Oleh itu, renung2kanlah bahawa apa yang tersirat di situ ia adalah ajakan agar semua Umat Islam ni, bersatu dan berpolitik dlm satu wadah perjuangan dan memenangkan ISLAM dalam pentadbiran Negara Malaysia. Kekuatan Umat Islam adalah ditagih, agar semua perubahan untuk penambaikan Perundangan Islam di Negara ini akan terlaksana sepenuhnya, apabila suara Umat Islam, menjadi satu dan kuat dan akhirnya tiada sesiapa pun berani, memperlekeh, mengeji dan mengadu-domba. Kita berpecah kita lemah dan sebaliknya. Untuk itu, apa lagi yang Umat Islam tunggu? Bersatulah demi Kecemerlangan Islam dan Umat Islam di Nusantara ini. 

Sekiranya tidak bersatu, lihat petikan gambar dibawah ini, alangkah aibnya:-????. Mereka sudah ibarat "Kadok Naik Junjung". Adakah ini yang kita Umat Melayu Islam mahukan?... Hanya Undi Melayu Islam yang akan merobah ke aiban ini....!

                                                                    [Apakah ini perangai seorang pemimpin? ]

Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu...Malaysian Insider........Hehee...Lim guang lupa..dia pun boleh didakwa...kerana pic ni...hehehe..!

Cuba kita baca pula Tajuk Utama Akhbar Harakah dibawah. Adakah ini gesaan dari seorang yang kononnya di anggap "Guru Mursyid" sedangkan perbuatannya dan tutur katanya, jauh menyimpang dari apa yang Al-Quran & Sunnah Rasul ajarkan kpd semua Umat Islam di dunia ini. Perlukah kita Umat Islam yang waras akal fikirannya mengikutinya? Hanya yang taksub meroyan sahaja yang akan menuruti gessan dan ajakannya.




Para pembaca juga wajar dengar dan perhatikan petikan video di sebelah, dalam program "BUAL BICARA TV1" malam kelmarin. Cuba renungi dan buat ulasan dan tafsiran sendiri... adakah gesaan Nik Aziz ini wajar?

Bagi saya, apapun pegangan kepartian politik anda, jangan sesekali menjual agama kita. Seharusnya Umat Islam Malaysia ini bersatu didalam menjaga dan mentauhidkan agamanya, kerana ia perkara pokok disamping itu pula kita bersyahadah yang sama dan apabila matipun di talqinkan dengan bacaan yang sama. Mengapakah kita terus bertelagah demi perebutan kuasa pemerintahan? Apa yang PAS mahukan, bukankah Kerajaan sekarang ini wajar dipertahankan dan wajib di bantu dalam memperkasakan lagi Institusi Agama dan kecemerlangan pentadbiran dan perundangan Islam. Tidak tahukan anda wahai org2 PAS, bahawa Dunia dan Dunia Islam di Timur Tengah juga memperakui kecemerlangan Kerajaan sekarang didalam pentadbiran, muamalat, serta perundangan Islam. Bukahkah sewajarnya kita perkasakan lagi [ penambahbaikan ] dan bukan pulak memperlekeh sebagaimana kaum kafir lakukan. Kalau ini yang anda mahukan sudah tentu anda juga seperti org2 kafir tersebut. 

Kembalilah bersatu Demi Agama Allah ini dan sayangilah Agama Allah ini agar ia terus berkibar dan di anuti oleh setiap pelusuk penduduknya. 

Sekian.....