Tuesday, January 31, 2012

PENGKHIANATAN DAN SABOTAJ AHLI PARTI MENYUMBANG KEKALAHAN BN DI PRU 13 - BAGAIMANA PM MENGATASINYA?

PERSOALAN : BAGAIMANAKAH YAB PM, DATO SERI NAJIB TUN RAZAK DAPAT MEMASTIKAN YB2, JIKA TIDAK DIPILIH SEMULA, ADAKAH MEREKA AKAN MELAKUKAN PENGKHIANATAN DAN MEYUMBANG KEPADA KEKALAHAN BN PADA PRU 13.


Ini adalah satu persoalan yang amat menarik dan wajib diberikan perhatian yang serius oleh Kepimpinan Parti, demi kelangsungan kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti.

2. Seperti di ungkap oleh TPM dalam New Strait Times dated 29/1/2012 di satu program di Kg Kebun Baru, Pagoh, beliau berkata “ UMNO’s DISCIPLINARY PANEL TO GET MORE POWERS. - Party moves to prevent cases of sabotage ahead of general elections.

3. Kapak gemar mengambil contoh akan Negeri Perak, satu negeri yg dulu terkenal dgn Bijih Timah dan merupakan Negeri yg terkaya pada ketika itu, namun sekarang ia merupakan Negeri yg agak miskin dan tertinggal terkebelakang, jika dibandingkan dgn Negeri Melaka contohnya.

4. Kegemilangan Negeri Perak semakin tawar dan hambar kerana Perak kekurangan pemimpin yg berwibawa didalam segala hal, baik pentadbiran, kawalan, ekonomi, perancangan seimbang dan kurang mesra pelabur.

5. Dari berbagai feedback faktor mesra pelabur amat2 tidak diambilkira dgn sewajarnya. Ditambah pulak sikap “apa saya dapat- sering menjadi topik apabila berlakunya perbincangan dengan pelabur, ini menjadikan para pelabur menjadi ngeri utk melabur di Perak.

6. Kemunduran Negeri perak telah menyebabkan anak2 watan bijak pandai lebih rela bekerja diluar spt di Kuala Lumpur, Selangor mahupun Penang atau Johor. Modal insan yg cukup baik ini tidak dapat digunakan utk membangunkan Perak. Maka ramai lah warga kerja professional ini bermastautin diluar Perak. Ini juga salah satu faktor, susutnya jumlah pengundi Melayu di Perak berbanding dgn kaum Cina dan India. Impaknya, keadaan yg tidak baik dalam salur galur pemerintahan negeri Perak, seperti mana PRU 12 yg lalu.

7. Berbalik kpd isu pengkhianatan, jika YB2 yg tidak dipilih semula akan bertindak seperti sabotaj, ini memberikan impak di PRU 13, kapak yakin Perdana Menteri telah pun mempunyai cara yg tersendiri bagi mengatasinya. Ketegasan Perdana Menteri juga ditagih dalam hal ini dan beliau wajar melihat ini dari berbagai sudut dan mencari titek permuafakatan “menang-menang”. Tiada yang akan rasa terpinggir dan di anaktirikan. Kena diambilkira kira setiap sudut dan wajar berhati2, kerana naluri manusia memang berbagai dan bernafsu serakah.

8. Situasi di Perak telahpun menggambarkan bahawa BN wajar mengemukakan hampir 50% adalah terdiri dari calon2 baru, masih muda 38 tahun ke atas, terpelajar, ringan tulang, setia berkhidmat dan juga Islamik (Calon UMNO). Ini bermakna BN Perak wajar mengemukakan muka2 baru dan gandingan muka2 lama yg kuat bekerja. Kunci kejayaan PRU 13 adalah rajin bekerja utk rakyat, seperti “rakyat didahulukan pencapaian di utamakan”. Calon parti2 komponen juga amat wajar diambilkira kesiapsiagaannya agar keberkesanannya dapat menyumbang kepada kemenangan BN nanti.

“BN Winnable Candidate” yang bagaimana untuk memastikan ia terus memerintah di Negeri Perak Darul Ridzuan.?

Walau apa pun hakikatnya, BN wajar dan perlu mendapatkan mandat yang memberangsangkan dan mengemudi semula Negeri Perak ke arah yang lebih berwawasan, mampan ekonomi dan mesra masyarakat di dalam PRU 13 nanti.

Jika PRU 12 , BN menang 28 kerusi, DAP 18, PKR 7 PAS 6, dan memaksa Kerajaan BN tumbang disebabkan faktor2 sabotaj dan balas dendam, maka di PRU 13 ini, BN wajar dan mesti membuat yg terbaik untuk mengekalkan pemerintahannya.

Untuk memerintah dgn selesa BN wajar memenangi 41 kerusi dari 59 kerusi yg dipertandingkan. Pecahan kerusi tersebut yg wajib dimenangi adalah dari UMNO = 34, MCA = 3, MIC = 3 dan Gerakan = 1.

Oleh itu, BN Perak wajar menggerakkan kerja dgn "Full Gear" dari sekarang utk mencapai kemenangan mutlak yg kapak janggakan tidak bermasalahpun, namun kesepakatan dan setiakawan wajib ada didalam menyusur, menggalur serta memastikan puncak kemenangan itu sentiasa berada di pehak BN PERAK.

UMNO Perak wajar mengambil semula kerusi2 berikut :

1.Titi Serong
2.Kuala Kurau
3.Gunung Semanggol
4.Selinsing
5.Kuala Sepetang
6.Changkat Jering
7.Lubuk Merbau
8.Changkat Jong

MCA Perak pula mesti mengambil semula kerusi:-

1.Pokok Assam
2.Kepayang
3.Simpang Pulai
4. Teja

MIC Perak juga wajar mengambil semula kerusi mereka seperti:-

1.Hutan Melintang
2.Sungkai
3.Behrang

dan Gerakan Perak wajar juga mengambil kerusi mereka di:-

1. Aulong.



Wassalam dan Selamat Maju jaya BN PERAK.

Sunday, January 8, 2012

Mahkamah Tinggi Membuat keputusan Melepaskan Anwar dari Tuduhan krn Tiada Bukti Kukuh.

Kapak, secara peribadi menganggap keputusan ini sesuatu yg mengejutkan. Namun, itu adalah seorang Hakim utk memutuskan krn beliau wajar mempertimbangkan segala keterangan yg ada, tanpa prejudis terhadap sesuatu maklumat lain yg masih belum tersahih ataupun tidak terusik dari sesuatu pencerobohan bahan bukti. Akhirnya Kapak terima dan redho dgn keputusan tersebut dgn hati yg terbuka.

Apa pun Kapak juga secara peribadi mengesyorkan kpd Anwar agar mengambil peluang yg terbuka luas ini utk memperbaiki diri. Secara hakikinya anda sudah terlepas dan bebas dari tuduhan sabitan kes liwat ini. Jadikan lah kesempatan ini utk memperbaiki diri dan bertaubat kpd Allah SWT. Mmg anda telahpun terlepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Manusia, TETAPI masih belum tentu terlepas dari Mahkamah Allah. Gunakanlah dgn waktu yg terluang ini utk beristifar dan bertaubat kehadap Allah di atas segala kemungkaran yg mungkin kita perbuat, krn hanya kita sendiri yg mengetahui dgn apa yg telah kita perbuat. Bertaubat lah sebelum terlambat, krn diketika ini kta terlepas oleh keputusan Mahkamah Manusia, namun belum tentu boleh terlepas di hadapan Mahkamah Allah.

Di mahkamah Allah nanti mulut tidak akan menjawap kepada Allah apa yg anda telah perbuat, tetapi setiap anggota badan itu sendiri yg akan berkata kata dan mengaku apa yg telah dilakukan. Oleh itu kita tidak dapat lagi berselindung sebagaimana di Mahkamah Manusia yg boleh menggunakan khidmat Peguam untuk memutarbelitkan bukti agar boleh terlepas.

Akhir kalam Kapak, kapak mengajak diri sendiri serta Anwar bertaubatlah sementara masih ada waktu yg terluang......
Sekian.