Wednesday, November 30, 2011

SUMPAH KERAMAT WANITA, PEMUDA DAN PUTRI UMNO DI PAUMNO PWTC - BUKTIKAN DGN TINDAKAN

SUMPAH KERAMAT WANITA, PEMUDA DAN PUTRI di PAUMNO di PWTC hari ini, wajar menjurus dengan menterjemahkannya melalui gerak kerja yang kuat, cekal dan sistematik. Apa pun sumpah yang dibuat wajar dibuktikan dengan membawa semula kerusi-kerusi BN samada di PARLIMEN dan di DUN yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dibawa kembali ke pangkuan Barisan Nasional.

Gerak kerja yang sistematik yang dimaksudkan adalah dengan mengambilkira data terkini pengundi terutamanya pengundi golongan muda wajar diperhebat, kerana golongan inilah merupakan "golongan pengundi penentu kemenangan". Oleh itu, tindakan dan program berkesan terhadap golongan tersebut wajar dilakukan segera. Namun ada juga dikalangan ahli Pemuda dan Putri dan jentera UMNO ini yang terleka, didalam mereka bekerja kuat untuk PARTI, namun mereka lupa mendaftar diri sebagai pengundi. Kapak yakin dari analisa yang dibuat terdapat 10% drp golongan ahli Pemuda UMNO dan Putri masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Alangkah aibnya......

Tindakan dan kerja kuat sebegini tidak boleh di tolak ansur lagi ia sesuatu yang menjadi KEMESTIAN tanpa sebarang prejudis lagi. Ayuh, WANITA, PEMUDA DAN PEMUDI UMNO lakukanlah, rakyat mahu melihat gerak kerja yang anda semua WAJIB lakukan dan jika benar2 masih Sayangkan Negeri dan Negara yang bertuah ini. Ambil kata-kata keramat Pahlawan Melayu “ Biar Berputih Tulang dan Jangan sesekali Kita Berputih Mata” Ia pengorbanan jiwa dan raga.

FAKTA KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE 12 – 2008 KHUSUS NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

1. Kerusi Jatuh ke tangan DAP [Majoriti Pengundi Kaum Cina dan India]

xix. Pokok Assam *
xx. Aulong *
xxi. Jalong *
xxii. Canning Garden ***
xxiii. Tebing Tinggi ***
xxiv. Pasir Pinji ***
xxv. Bercham ***
xxvi. Kepayang *
xxvii. Buntong ***
xxviii. Jelapang * (Lompat Bebas)
xxix. Menglembu ***
xxx. Tronoh *
xxxi. Pantai Remis ***
xxxii. Malim Nawar * ( Lompat Bebas)
xxxiii. Keranji *
xxxiv. Sitiawan*
xxxv. Pasir Bedamar ***
xxxvi. Sungkai *

NOTA : [ * ] Kawasan ini sinonim dgn BN melalui MCA/GERAKAN/MIC/PPP/IPF. Namun kegagalan mereka memenangi hati rakyat dikawasan mereka disamping, sifat perkauman yang DAP laungkan, rakyat terpengaruh. Gerakan/MIC/PPP/IPF gagal membawa sebarang Kerusi dan tumpas semuanya, Cuma 1 kerusi dimenangi oleh MCA, dikawasan majoriti Melayu & pribumi. Jika kawasan ini pun 50/50 sudah pasti MCA pun kecundang tanpa sebarang kerusi di PERAK. Senario ini wajar dikaji dan diteliti semula didalam pembahagian kerusi PRU 13 di PERAK. Jangan pertaruhkan masa depan BN dgn hanya disebabkan menjaga hati rakan komponen, yang terlebih penting Kemenangan lebih diutamakan dan BN terus memerintah Perak. Rakan komponen wajar memikirkan ini dan imbuhan mereka melalui lantikan jawatan mengikut kesesuaian.

[ *** ] Kawasan yang pengundinya totok CINA dan kuat rasisnya dan memang sukar untuk mendapat sokongan mereka. Mereka disini lebih berajakan “Rasis DAP”. Cuma jika MCA/GERAKAN/MIC betul2 turun padang dan dapatkan sentuhan jiwa rakyat terhadap mereka, mungkin sesuatu yang “merical” dapat dilakukan. Komponen BN wajar berusaha dan jgn sesekali lepas tangan.

2. Kerusi Jatuh ke tangan PKR – [ 7 kerusi ] [ Majoriti Pengundi 50/50 Cina/India/Melayu]

i. Kuala Kurau *
ii. Kuala Sepetang *
iii. Changkat Jering * (Lompat Bebas]
iv. Simpang Pulai *
v. Teja *
vi. Hutan Melintang *
vii. Behrang *


3. Kawasan Yang di miliki oleh PAS – [6 kerusi] Majority Pengundi Melayu

i. Titi Serong *
ii. Gunung Semanggol *
iii. Selinsing *
vi Lubuk Merbau *
v. Pasir Panjang *
vi. Changkat Jong *

NOTA: [ * ] Kawasan yang sewajarnya ditawan kembali oleh Barisan Nasioanl. Ia merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu/Sinonim dgn BN. Cuma tsunami 2008 rakyat protes terhadap BN yang terlalu selesa dan leka merebut serta berebut harta karun dan cukup selesa dengan kerusi empuk yang dimiliki. Kelekaan itu dan keselesaan itu membuat malas untuk menjengok rakyat yang mengundi dan meletakkan wakilnya dikerusi empuk. Ia menjadi sombong, ibarat “Si Tenggang” sudah tidak mahu mengaku rakyat yang meletakkanya diatas.

Akibatnya, Rakyat dengan suara Keramat mereka, diketika itu telah melancarkan golombang tsunami perubahan, dimana walaupun pembangkang letak Gembala Lembu pun calon mereka, mereka akan menang.

So, Wahai Wanita, Pemuda dan Putri UMNO dan Komponennya pastikan PRU 13 medan pertempuran luarbiasa dan ia meminta anda buktikan dan terjemahkan dengan perbuatan, bukan lagi kata-kata yang hanya melunakkan telinga.

Wallahuaklam.

Monday, November 28, 2011

MINGGU DAN BULAN TERAKHIR MENJELANG PRU 13 – SITUASI DI PERAK - DAP SUDAH ADA 18 KERUSI

MINGGU DAN BULAN TERAKHIR MENJELANG PRU 13 – SITUASI DI PERAK – AMARAN KEPADA MELAYU YANG MASIH BERCAKARAN SEDANGKAN “CINA DAP” SUDAH PASTI MILIKI 18 KERUSI MENJELANG PRU 13 !!!!!

Kapak amat terguris hati dan sedih dengan situasi Politik terkini di Negeri Perak. Persoalannya, adakah Kerajaan Perak akan masih KEKAL berada di tangan orang MELAYU/UMNO, yang sering berjiwa tenang, adil dan bertoleransi di setiap masa. Ia telah terbukti setelah lebih 50 tahun Bangsa ini memegang tampuk pemerintahan Negara/Negeri. Semua rakyat dapat hidup aman damai dan bebas mencari rezki dan mengaut kekayaan mengikut kerajinan dan keazaman masing-masing.

1. Bangsa Melayu juga wajar mengambil berat dan serius dalam pendekatan serta saranan yang di titahkan oleh DYMM Tuan Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah serta DYMM Raja Muda Perak, Tuanku Raja Nazrin mengenai nasib dan masa depan Bangsa Melayu di Perak dan di Malaysia amnya.

2. Kekalutan dan perpecahan Bangsa Melayu di Malaysia ini lebih menjurus kepada kehancuran sesuatu peradaban yang berharga dan langsung tidak membawa apa-apa pun faedah. Yang jelas, dengan perpecahan ini, ia menyebabkan Bangsa Melayu menjadi lemah, bacul dan hilang pegangan terhadap satu-satunya benteng yang tinggal terhadap keutuhan Bangsa Melayu di Tanah Air sendiri, iaitu “KUASA POLITIK, PEMERINTAHAN NEGARA DAN KEKUATAN AGAMA ISLAM”. Ia wajar dan wajib di jagai dan digalas oleh semua Bangsa Melayu.

3. Jawapan terhadap segala persoalan di atas adalah – “PENYATUAN MELAYU”. Ia satu-satunya kata-kata Keramat kepada setiap Bangsa Melayu agar dapat bersama-sama mendukung dan menjadikan ia satu realiti, tanpa berlengah dan menyesal di kemudian hari.
Bangsa Melayu wajar mengenepikan ketaksuban terhadap sesuatu ideologi politik yang mempergunakan:-

i. Agama demi kerakusan kuasa politik dengan imbuhan duniawi, serta
ii. Parti politik yang bersikap liberal dan berkiblatkan Neo-Nazi, Nasrani dan Yahudi Amerika.

Marilah wahai bangsaku Melayu, sebelum terlambat bersatulah demi keutuhan Bangsamu dan demi Agamamu Islam yang mulia ini.

4. Ingatlah wahai bangsaku Melayu di Negeri Perak, sebelum PRU 13 menjelang, kita sudahpun kalah dibeberapa kerusi kepada DAP, dan kita sendiri yakin dan tahu dimanakah kiblat dan arah tuju DAP selama ini. Apa yang jelas baru-baru ini, orang kuat DAP sanggup memperlekehkan warna kulit seseorang Insan, demi mahu memperjuangkan hak dan warna kulit yang serupa dengan beliau. Sudah pasti beliau dan kaumnya hanya mementingkan kaum mereka sahaja dan kemanisan gerak-geri mereka hanya dibibir sahaja. Itu lah realiti “CINA DAP”.

5. Kaum mereka akan tetap memberikan keutamaan kapada bangsanya dan tidak akan bertolak-ansur langsung walau seinci pun. Tidakkah kita ingat wahai Bangsa ku Melayu, sewaktu PM kita turun padang dan sama-sama menyusun batu-bata Sekolah Cina di Pilihanraya Parlimen di Selangor, dan PM turut meluluskan jutaan ringgit di situ, TETAPI sokongan pengundi mereka disitu amat2 mengecewakan. Peti Undi tersebut mengalami kekalahan agak teruk. Oleh itu, ia jelas walau PM sendiri yang turun padang, namun kiblat mereka adalah “bangsanya” sahaja. Jadi, apakah natijah yang kita pelajari disini.

6. Situasi di Perak skrg ini amat2 serius untuk di fikirkan oleh semua Umat Melayu Negeri ini. Jika kerusi DUN Perak sebanyak 59 buah, tetapi 18 sudah pasti memihak kepada mereka [DAP] kerana ia kawasan sinonim majoriti Cina, dan mereka hanya perlu tambahan 13 kerusi lagi untuk mendapat kemenangan dengan majoriti mudah dan memerintah Negeri Perak mengikut acuan mereka. Jika ia benar2 terjadi, kemana arah dan nasib majoriti Org Melayu, Kesultanan Melayu dan Agama Islam di Perak. Bagaimana pula kakitangan Melayu yang menjadi majoriti penjawat awamnya, sudah pasti mereka berada di hujung tanduk, kerana dasar DAP akan tetap mengurangkan jumlah bilangan kakitangan awam. DAP amat berdengki hati kerana penjawat awam sekarang adalah rata-ratanya Kaum Melayu.

7. Bangsaku Melayu wajar membuka minda dan berfikir semula dari realiti yang dipaparkan di atas dan ditunjukkan oleh tindakan mereka selama ini. Bangsa Melayu juga amat lemah dan semakin lemah bila terus- terusan berpecah menjadi empat [4] cabang, spt Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR dan ada juga yang bebal menjadi Melayu DAP laknatullah. Ada Melayu yang menjadi layu oleh imbuhan duit untuk menjadi boneka DAP bila dapat memerintah negeri. Mereka sanggup menggadai maruah bangsa dan menjadi petualang dan pengkhianat bangsa dan agama. Wajarkah tindakan mereka ini?

8. Sebelum terlambat dan nasi sudah menjadi bubur dan Negeri jatuh ketangan orang lain yang dahulunya dikenali sebagai “pendatang” dan agar Bangsaku tidak berputih mata, marilah di duduk dan saling bertaut antara satu sama lain. Kita buang yang keruh ambil yang jernih. Dengar lah nasihat dan titah Tuanku Sultan dan ambillah iktibar daripadanya.

9. Semoga Persidangan UMNO kali ini yang sedang berlangsung di PWTC agar membuka ruang untuk perbincangan yang serius dan dapat menanganinya dengan sebaik mungkin. Carilah titik permulaan demi permuafakatan yang hakiki dan sewajarnya Bangsaku Melayu bermuafakat dan bersatu hati agar menjadi satu Bangsa Melayu yang kuat, berdisiplin,tegas, cekal dan maju seiring dengan kemakmuran Negara. Jadikan Melayu menjadi wadah dan tampuk pemerintahan selaras dengan Islam Agamanya dan Syariat Islam ketemadunan dan perundangannya.

FAKTA KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE 12 – 2008

Kerusi Jatuh ke tangan DAP [Majoriti Pengundi Kaum Cina dan India]

i. Pokok Assam
ii. Aulong
iii. Jalong
iv. Canning Garden
v. Tebing Tinggi
vi. Pasir Pinji
vii. Bercham
viii. Kepayang
ix. Buntong
x. Jelapang (Lompat Bebas)
xi. Menglembu
xii. Tronoh
xiii. Pantai Remis
xiv. Malim Nawar ( Lompat Bebas)
xv. Keranji
xvi. Sitiawan
xvii. Pasir Bedamar
xviii. Sungkai

Kerusi Jatuh ke tangan PKR – [ 7 kerusi ] [ Majoriti Pengundi 50/50 Cina/India/Melayu]

i. Kuala Kurau *
ii. Kuala Sepetang *
iii. Changkat Jering * [Lompat Bebas]
iv. Simpang Pulai *
v. Teja *
vi. Hutan Melintang *
vii. Behrang * [Lompat Bebas ]

Majoriti Pengundi Melayu – [6 kerusi] Majority Pengundi Melayu

i. Titi Serong *
ii. Gunung Semanggol *
iii. Selinsing *
iv. Lubuk Merbau *
v. Pasir Panjang *
vi. Changkat Jong *

NOTA: * Kawasan yang sewajarnya ditawan kembali oleh Barisan Nasioanl. Ia merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.


Wallahuaklam.

BACA LAH INTIPATI DI BAWAH INI.

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

Beliau juga Insan yg tidak henti2 berusaha keras untuk melihat Bangsa Melayu bersatu hati dan bersatu padu menggembeling tenaga dan kekuatan untuk sama-sama membangunkan Melaysia mengikut acuan kita sendiri.

NGO Melayu - Katalis penyatuan Melayu, Islam

USAHA untuk mencari titik pertemuan Melayu dan Islam seperti yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sewaktu upacara ulang tahun keputeraan baginda baru-baru ini perlu diterima sebagai perjuangan baru sepanjang zaman bagi setiap individu yang beragama Islam dan bergelar Melayu.

Tidak kita nafikan ramai kecewa dengan kenyataan terbuka Datuk Seri Mohammad Nizar bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam merealisasikan kehendak Sultan Azlan Shah. Pertikaian sama ada 'UMNO lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya' menunjukkan bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu berbaur emosi, individualistik dan tidak mewakili Pas secara keseluruhan.

Hakikatnya, saranan Sultan Azlan Shah adalah murni dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. Pas yang berjuang atas imej Islam sepatutnya berlapang dada dan menjadi yang paling awal terpanggil untuk menyahut saranan Sultan Perak. Sebaliknya, saranan tersebut ditolak mentah-mentah atas alasan-alasan tersendiri.

UMNO pula perlu mengkaji segala alasan mengapa kata-kata sehingga boleh membawa persepsi 'durhaka pada Raja' itu dibuat oleh seorang kepimpinan tertinggi Pas di peringkat negeri.

Kalau hari ini UMNO begitu kuat melaungkan peri pentingnya ketaatan dan kedaulatan Raja Melayu, di ruang ini jugalah UMNO perlu buktikan kedudukannya dalam merealisasikan saranan Sultan Perak itu.

Dalam hal ini juga, perdebatan UMNO-Pas seperti yang dianjurkan oleh pemimpin muda sewaktu kempen pemilihan UMNO 2009 tidak sepatutnya berulang kerana ia menunjukkan ketidakmatangan dan menjarakkan lagi perbezaan UMNO-Pas.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga perlu menjadi pemangkin (katalis) penyatuan Melayu dan Islam seperti yang disarankan oleh Sultan Azlan dan bukan terus melaga-lagakan parti-parti politik Melayu dengan pelbagai kenyataan sehingga menimbulkan kemusykilan terhadap kedudukan NGO sebagai badan perwakilan rakyat di peringkat akar umbi yang bebas daripada politik.

Sesungguhnya mengikut kajian peringkat akar umbi persatuan kami, usaha ke arah penggabungan UMNO-Pas adalah perkara yang paling ditakuti oleh barisan parti-parti pembangkang lain. Ini adalah kerana gabungan UMNO dan Pas secara majoriti mampu memberi sokongan solid undian Melayu setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Jika kita kaji secara halus dan mendalam isu pergeseran UMNO-Pas hari ini adalah berpunca daripada individu-individu dalam kedua-dua parti itu sendiri dan tiada kaitan dengan wawasan serta objektif parti politik masing-masing.

Daripada perspektif hukum Islam pula, UMNO bukan sekadar menabur janji malahan telah membuktikan usahanya segiat mungkin ke arah pelaksanaan menurut sistem hukum Islam sepenuhnya.

Antara usaha UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan wujudnya Undang-Undang Syariah Kekeluargaan Islam yang setaraf dengan Mahkamah Sivil (Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan) melalui pelaksanaan yang disokong oleh majlis dan jabatan agama Islam seluruh Malaysia; Sistem kewangan dan perbankan Islam yang menjadi pusat rujukan dunia; Tabung Haji - sebuah institusi terbaik dunia dalam mempermudahkan rakyat mengerjakan ibadah haji dan umrah; Sistem pungutan zakat dan Baitul Mal; Sistem persijilan makanan halal yang diiktiraf dunia; dan banyak lagi.

Hukum hudud adalah hukum Allah yang sentiasa dekat dengan jiwa Islam dan jika persoalan itu menjadi alasan Pas untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, ia adalah alasan kurang tepat. Hari ini, apabila hukum hudud dicadangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, ramai juga ADUN UMNO yang mengangkat tangan bersetuju tetapi apabila diusulkan mengenai pelaksanaannya, perbincangan terhenti.

Memang kita akui bahawa usaha menterjemahkan hudud melalui pelaksanaannya seratus peratus ke atas sebuah negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia adalah suatu cabaran besar.

Di sinilah NGO Melayu boleh memainkan peranan dalam menggerakkan para intelektual Melayu dan Islam supaya berusaha mencari penyelesaian ke arah sistem pelaksanaan dengan mengambil kira tahap kesediaan penerimaan rakyat bukan Islam mengenai hukum tersebut.

Usaha ini bak kata pepatah Melayu, seperti 'menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'.

Dalam dada-dada akhbar dan majalah media arus perdana juga sudah banyak membincangkan kedudukan hukum hudud yang sebenarnya sudah sedia dilaksanakan ke atas orang Islam dan Melayu melalui Undang-Undang Syariah Islam dan Kanun Keseksaan (Penal Code). Semoga kebaikan, keunikan dan kelebihan pelaksanaan hukum hudud ke atas orang Islam akhirnya terserlah dan diterima ramai.

Selain itu, ada juga pemimpin-pemimpin kanan negara yang menyatakan usaha ke arah penggabungan UMNO-Pas adalah tidak perlu kerana sejarah telah membuktikan bahawa ia suatu usaha yang sia-sia.

Bagi saya, faktor sejarah tidak ada kena mengena langsung dengan masa hadapan. Jika alasan yang sama digunakan, sudah pasti negara yang kita cintai, Malaysia hari ini masih lagi belum merdeka. Pejuang-pejuang Melayu sejak dari zaman Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Ngah Ibrahim, Datuk Bahaman, Dato' Onn Jaafar hingga Tunku Abdul Rahman terus-terusan yakin pada usaha positif mencari kemerdekaan sehingga ia menjadi kenyataan pada tanggal 31 Ogos 1957.

Penyatuan Melayu-Islam adalah ternyata suatu usaha yang jujur dan ikhlas yang boleh membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke tahap yang tidak terdaya disaingi oleh pesaing-pesaing lain. Ia perlu menjadi perjuangan abadi sepanjang zaman dan sentiasa direnungkan sebagai perjuangan yang belum selesai.
Wallahuaklam.

Friday, November 18, 2011

BANGSA MELAYU, AHLI PAS DAN MELAYU PKR WAJAR TELITI - JGN MENYESAL DIKEMUDIAN HARI!!!

Kapak ingin mengajak pembaca semua memikir sejenak intipati artikel dibawah ini, agar dapat memberikan kesedaran terhadap apa yang mungkin kurang faham/jelas sebelumnya.Ingat Bangsaku, kehilangan kuasa politik pemerintahan bukan sesuatu yang bolih dinilai oleh harta dan wang ringgit, ia amat2 tinggi nilainya dan mungkin mewajarkan pengorbanan nyawa untuk memilikinya kembali, atau terlepas hingga tak sudah. Oleh itu biar kita berputih tulang jgn berputih mata. Sayangi lah tanah tumpah darah kita dan jagainya, jgn sesekali terlepas ke tangan org lain yg sebelum ini dikatogerikan sebagai pendatang!!!!. Sedar dan akurlah sebelum terlambat!.

LIHAT INTIPATI INI.

1. Sejarah telah membuktikan bahawa sebelum kemerdekaan, negara kita Malaysia yang sama-sama kita cintai ini, dikenali sebagai Negara Tanah Melayu. Kontrak sosial yang dicapai kata putusnya telah dibuat oleh ketua yang mewakili tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Menurut kontrak sosial ini, masyarakat Cina dan India diberi kerakyatan Malaysia dengan syarat menghormati hak orang Melayu, mempersetujui bahawa Islam adalah agama rasmi Negara serta memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan kita.

2. Persetujuan yang dicapai ini telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia serta diterima sebagai Rukun Negara. Akan tetapi setelah Negara kita mencapai Kemerdekaan lebih dari 54 tahun yang lalu isu ketidakpuasan sering kedengaran yang menyoal kedudukan hak orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama rasmi Negara serta Bahasa Malaysia sebagai Bahasa rasmi. Dan perkara ini sering dibangkitkan oleh pihak Pembangkang terutamanya DAP yang sering meniup isu perkauman di kalangan masyarakat Cina yang inginkan keamanan dan kesejahteraan. Mereka sering menghasut kaum Cina supaya membenci kerajaan BN yang kononnya menganiya dan menindas mereka. Mereka sering menggambarkan kerajaan BN sebagai kerajaan yang kononnya tidak berlaku adil kepada masyarakat Cina dan bangsa lain. Saya tidak terperanjat kerana survival DAP memang dari dulu lagi bergantung kepada peniupan api perkauman untuk menang dalam pilihanraya. Lihat kawasan yang dimenangi DAP dan pihak pembangkang lain, apakah yang telah mereka lakukan untuk masyarakat Cina dan lain-lain bangsa? Yang jelas cuma lalakan dan hasutan supaya membenci kerajaan BN.

3. Bagi menempelek semua tomahan yang dilemparkan pembangkang terhadap ketidak-adilan kaum, kerajaan BN pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membangunkan gagasan 1Malaysia, di mana kepentingan semua kaum dipelihara dengan slogan: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Walaupun kerajaan BN mempunyai hasrat yang murni untuk meneruskan perjuangan BN bagi mensejahterakan berbagai kaum di Malaysia, namun sering kita dengar pihak pembangkang memperlekehkan usaha kerajaan BN kononnya Gagasan 1Malaysia adalah hasil ciplak DAP “Malaysian Malaysia”. Apakah benar DAP memperjuangkan nasib semua kaum atau hanya sesuatu kaum sahaja? Jika kerajaan BN tidak berlaku adil masakan pihak pembangkang dapat membentuk kerajaan yang tidak stabil di Perak selepas pilihanraya Mac 2008? DAP yang selama ini memperjuangkan sesuatu kaum terpaksa memperkudakan PAS dan PKR kerana ketagihkan kuasa untuk memerintah negeri Perak sehingga sanggup menggadaikan maruah membiarkan seterunya ADUN PAS menjadi MB. Jika benar DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia, maka sudah tentu keahliannya serta kempimpinannya mencerminkan nisbah mengikut bangsa. Dalam konteks ini Parti Gerakan adalah lebih layak daripada DAP.

4. Di Pulau Pinang misalnya sudah jelas kelihatan bahawa DAP memegang kuasa dengan membelakangkan kepentingan orang Melayu. Kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Ilham menunjukkan bahawa kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan Cina berbanding dengan semasa TS Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri di mana orang Melayu tidak terasa terpinggir. Kehadiran Pemimpin PKR dan PAS hanya lah sebagai boneka. Perkara yang sama berlaku di Perak semasa PR memerintah dengan menjadikan DS Nizar dari PAS sebagai boneka Ngeh dan Nga. DAP sememangnya adalah sebuah parti opportunist yang mengambil kesempatan kaum Cina dengan menghasut mereka dengan berbagai tomahan supaya membenci kerajaan BN. Parti DAP sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu mereka tidak memegang kuasa maka PAS dan PKR dijadikan kuda tunggangan untuk mencapai objektif mereka. Saya percaya DAP tidak akan dapat mempengaruhi orang Melayu melainkan melalui PAS dan PKR. Maklumbalas yang saya terima mengatakan bahawa DAP sedang giat mencari calon Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu dan jika mereka menang maka mereka tidak perlukan PAS dan PKR lagi. Jangan pandang rendah akan keupayaan Pengundi Melayu yang tidak mudah ditipu DAP..

5. Maklumbalas yang diterima dikalangan pengundi bukan Melayu di Perak mengatakan mereka mengundi PR pada pilihanraya tahun 2008 bukan kerana mereka menyokong PR tetapi mereka telah ditipu PR yang menghasut mereka membuang undi protes. Malah kepimpinan PR sendiri terkejut dengan kemenangan yang diperolehi calon-calonnya walaupun mereka dipilih secara tangkap muat. BN akur bahawa terdapat banyak kelemahan pada masa lampau. Justeru Gagasan 1Malaysia telah diwujudkan bagi menangkis persepsi rakyat terutamanya kaum bukan Melayu bahawa kerajaan BN berlaku tidak adil. Dalam pemberian wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah baru-baru, semua kaum tak kira Melayu atau Cina atau India dan lain-lain bangsa dapat menikmatinya bagi meringankan beban mereka. Begitu juga dengan bantuan pembelian buku sebanyak RM200 kepada pelajar IPT dan Tingkatan 6 juga tidak mengambil kira faktor kaum atau parti yang disokong oleh keluarga mereka. Begitu juga dengan bantuan “One Off” sebanyak RM500 kepada keluarga yang mempunyai pendapatan RM3,000 atau kurang sebulan.

6. Pihak pembangkang juga pandai memperalatkan gabungan pertubuhan yang telah diharamkan iaitu Bersih untuk mengajak rakyat berdemonstrasi kononnya inginkan pembaharuan dalam pilihanraya. Akan tetapi objektif mereka tidak lain tidak bukan untuk menggunakan taktik sedemikian bagi menjatuhkan kerajaan BN yang dipilih secara demokrasi setelah cubaan mereka gagal mempengaruhi wakil rakyat BN untuk melompat ke PR pada 16 Sept 2008. Lihatlah siapa dalang disebalik pemimpin yang turut berdemonstrasi kalau bukan pemimpin PR. Kerajaan BN memang peka kepada kehendak rakyat jika ianya diminta secara yang betul. Walau bagaimanapun YAB PM telah merestui penuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara untuk mendapatkan maklumbalas dari semua pihak mengenai cadangan pembaharuan yang dikehendaki. Pembangkang akan sentiasa mencari alasan untuk menghasut rakyat menuduh kerajaan BN berlaku dalam pilihanraya. Akan tetapi mereka lupa bahawa jika kerajaan BN tidak berlaku adil bagaimana mereka dapat memerintah 4 buah negeri dan juga memenangi sejumlah kerusi di dewan undangan negeri mahupun di Parlimen. Apakah mereka rasa pilihanraya itu adil kiranya mereka dapat menawan kerajaan persekutuan? Adakah ini definasi adil bagi pihak pembangkang?

7. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang stabil yang sentiasa berikhtiar untuk memperkasakan rakyat dan memperjuangkan nasib semua rakyat tanpa mengira kaum. UMNO sentiasa konsisten sejak dulu lagi dalam perjuangannya memartabatkan bangsa Melayu, menegakkan agama Islam serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu. Parti komponen BN seperti MCA dan MIC diberi mandat untuk memperjuangkan nasib kaum mereka agar nasib semua kaum di bela oleh BN. Pihak pembangkang amat cemburu tentang kejayaan BN dalam hal ini dan sentiasa berikhtiar untuk menghasut rakyat kononnya BN itu UMNO semata-matanya yang memperjuangkan hak orang-orang Melayu sahaja walhal nasib semua bangsa lain juga tetap diberi perhatian dari dulu, kini dan selama-lamanya. Hak orang Melayu adalah sebahagian daripada persetujuan yang telah dicapai dalam kontrak sosial negara. PR pula cuba menciplak cara BN yang sememangnya telah terbukti berjaya.

8. Parti pembangkang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa. PAS yang selama ini memperjuangkan Islam dan Hukum Hudud sanggup berkompromi pendirian mereka demi menjaga hati DAP kerana PAS ingin meraih sokongan pengundi bukan Islam melalui pengaruh DAP. DAP pula yang begitu lantang suatu masa dahulu menentang PAS habis-habisan kini sanggup berkompromi pendirian mereka kerana ingin meraih sokongan pengundi Islam melalui pengaruh PAS. PKR pula dijadikan perantaraan antara PAS dan DAP untuk mencapai objektif mereka untuk merebut kuasa. Pendirian mereka ibarat mempunyai mimpi tanpa visi. Mereka langsung tidak mempedulikan nasib rakyat Malaysia berbilang kaum demi mengejar kuasa. Lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan di kawasan yang telah mereka menang? Pembangkang langsung tidak mempunyai modal kecuali mempermainkan emosi dan menghasut rakyat membenci kerajaan BN seolah-olah kerajaan BN telah menindas mereka dan membelakangkan kepentingan rakyat. Jika BN tidak perihatin dan tidak mempunyai visi masakan BN Berjaya dalam membangunkan Negara kita hingga ke tahap yang amat membanggakan di kaca mata antara bangsa. Saya percaya DAP akan cuba sedaya upaya meletakkan calon Melayu dalam pilihanraya akan datang bukan kerana ingin mencerminkan parti itu sebagai parti yang memperjuangkan berbagai kaum tetapi sebaliknya untuk merebut jawatan MB jika mereka berjaya dalam pilihanraya akan datang. PAS hanya dipergunakan buat sementara kerana mereka tidak mempunyai pemimpin Melayu. Kalau kita lihat semua barisan kepimpinan DAP, hanya satu atau dua sahaja pemimpin Melayu yang dijadikan sebagai boneka untuk mengabui mata rakyat. Rasa syak wasangka dan curiga dikalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sentiasa wujud kerana masing-masing ingin memegang kuasa dan juga kerana mereka tidak mempunyai kata sepakat. Justeru, gabungan parti sedemikian tidak kekal lama tidak seperti BN yang telah terbukti perpaduan komponen parti selama 54 tahun.

9. Kerajaan BN sememangnya adalah sebuah kerajaan yang adil kepada semua kaum. Cuma pihak pembangkang pandai dalam memainkan isu perkauman dan melontarkan tomahan seolah-olah BN hanya memperjuangkan nasib satu bangsa sahaja. Saya ingin mengingatkan bahawa Kerajaan BN berpegang pada prinsip yang diasaskan semasa Negara mencapai kemerdekaan. Kontrak sosial yang dipersetujui dan diterima semua parti komponen parti dalam BN termasuk MCA, MIC dan lain-lain berpegang kepada pendirian bahawa Agama Islam adalah agama rasmi, Bahasa Malaysia adalah Bahasa rasmi, dan hak orang Melayu serta Institusi Raja-raja mesti dipertahankan. Sambil hak dan kepentingan orang Melayu diberi keutamaan, hak-hak kaum lain tidak sama sekali dipinggirkan atau dianak-tirikan. Kerajaan BN tidak berhasrat untuk berbuat demikian. Kebebasan beragama telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan dihormati oleh kerajaan BN. Akan tetapi jika ada cubaan untuk memurtadkan orang Islam, maka kerajaan BN akan menganggap ini melanggar prinsip Perlembagaan serta menentang kuasa Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam. Dalam hal ini kerajaan BN tidak akan berkompromi. Ada usaha-usaha dari setengah-setengah pihak pembangkang yang berani menyoal isu mengenai Agama Islam dan Hak Orang Melayu kononya kerajaan BN berlaku tidak adil. Kebelakangan ini juga ramai dikalangan parti pembangkang terutamanya parti DAP banyak mempersoalkan isu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Akan tetapi disebaliknya mereka tidak mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Saya tidak nampak langsung adanya usaha-usaha parti pembangkang untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Walaupun Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun tetapi malangnya masih terdapat Rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia sehingga hari ini. Parti Pembangkang seperti DAP hanya pandai membangkit isu perkauman seperti Isu Sekolah Cina dan Bahasa Cina dan tidak pernah menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan sekolah wawasan yang dapat mewujudkan perpaduan di kalangan semua kaum. Mereka hanya mempunyai slogan Malaysian Malaysia tetapi berlaku hipokrit dan tidak mempraktikkannya sama sekali. Mereka sebenarnya mahu melihat kaum Cina kekal mundur dengan menghasut mereka membenci kerajaan. Kepentingan kaum Cina sentiasa dipelihara melalui parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. Kaum India juga tidak ketinggalan dalam arus pembangunan BN melalui parti MIC.

Oleh itu, kaum selain kaum Melayu dan Bumiputra lain, iaitu Cina, India dan lain2 amat wajar ANDA berterima kasih di atas ketoleransian Kaum Melayu didalam semua bidang dan membolehkan ANDA semua mencari rezki disini dgn aman damai. Ingat, kekayaan yang ANDA kecapi selama ini adalah dengan ketoleransian dan sokongan Kaum Melayu TANPAnya, mungkin ANDA tidak dapat mengenali apa itu Tanah Melayu dan Malaysia. Jadilah Orang yang tahu membalas budi dan berterima kasih, kerana Bangsa Melayu ada had kesabarannya dan jgn sesekali mengusik harimau yg sedang tidor.

Sekian.